Wednesday 31 October 2012

Interview Yang Best.. :)

Assalamualaikum...
:)

tadi aku pi interview nak masuk asrama untuk sem depan.
lahhhhhhhhhhhhhhhh...
hangpa semua duk pelik apa...
besa lah tu.
aku nak masuk asrama kena interview oooooooooo....
dasyat kan asrama aku..

bagi aku baguih la jugak depa buat macam tu...
dia macam persediaan la untuk interview apapa pun masa- masa depan ni kann...
mana kita tau..
sekurang2nya kita dah ada pengalaman.
:)

depa buat interview ni bukannya apa...
takot asrama xceluihhh..
yalaaaa... nak tampung junior hat baru nak mai lagi nu kannnnn..
senior?? berapa banyak hat mintak.
tu pon jenoh depa tapis..
hehehe..

tapi aku interview malam ni sangat lah best bila dapat dekat encik tu.
terima kasih encik. :)
tanya soalan xmenyusahkan kepala saya nak pikiaq merata...
hahahahah...
ni yang sayang banyakkk ni...
tanya asal mana lah..
sebab apa nak duk asrama..
lagi pon dia kata:
"awak dah sem 5, soalan sama ja semua nohh, xtau nak tanya apa dahh.."
lepastu terus sokong borang aku.
dasyatttt ahhh encik niee..

kalau aku tau nak borak2 santai lagu tu baik xpayah aku nebes awai2 kan...
duduk kat kerusi xdan nak feeling2 lagi.
sat ja lahaiiii..
hehehehehe..
moga permohonan aku diluluskan pihak atasan pula.
mohon dipermudahkan.
InsyaAllah.. Amin ya Allah... :)

~LOTS OF LOVE~







sELaLu.. :)

Bismillahirahmanirahim..

di setiap tangisan kesakitan yang Allah beri pada aku,
aku sentiasa berdoa agar setiap titisan tangisan itu...
Allah mengampunkan dosa2ku sama  ada aku lakukan dalam sedar atau pun x.
InsyaAllah. Amin.
 :)



*kat luaq hujan turun dengan sayu sekali.. :')

~LOTS OF LOVE~

Tuesday 30 October 2012

kasih saYang.

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum..
:)

tadi lepas makan ubat terus tertidoq.
mimpi makan cucuq cempedak lah pulakkkkkkk...
alahaiiiiiiiiiii sodapnyaaaaaa...
nyum.. nyumm.. nyummm..
agak2nya lah kan,
boleh mimpi ni sebab hari2 duk lalu depan pusat islam tu 
keja duk tengok buah cempedak tu jaaa kot nohhh..
hahahaha...
asal lalu ja pandang buah cempedak.
asal lalu ja tengok buah dia.
hihihihi..

ey xlupa kepada Jannah, Cikin, Batrisya,K.Mas sayang yang pujuk aku pi hospital.
aku tau hangpa semua kasih ngan aku.
sayang ngan aku.
terima kasih sesangat.
tapi aku memang xmau pi pon.
even makan nasi xhabeh. sikit ja yang sentoh.
bila malam xboleh tidoq semalaman sebab menahan.
asal malam ja panas badan menaikk..
apapon,
aku boleh tahan lagi.
heeeeeeeeeee...

terima kasih.
Saranghaeyo!
k bye!
:)

~LOTS OF LOVE~

p/s: diuji lagi dengan ujian kasih sayang oleh Allah. :)
manis.

Friday 26 October 2012

bukan kat sini..

uiiii...
ni...
nak habaq kat hangpa semua sat.
dengaq elok2 naa...

masuk blog aku ni tok sah lah duk cari  cerita hat memang xdak dalam blog aku ni..
paham??
nak cari gosip kawan nu ka..
gosip kawan ni ka...
artis tu cerai ngan laki dia sebab apa ka..
sebab apa artis tu putuih tunang ka apa ka...
No. No. NO...
xdak. xdak kat dalam blog aku wei.

silap. silap.
hangpa silap masuk blog.
nak cari cerita2 macam tu sila ke blog mak cik Jemah di sebelah.
hehe.
paham?

blog aku ada cerita pasai kehidupan aku ja.
kasih sayang sekeliling.
hat pasai2 lain pada tu memang xdak.
maap lah yooo!.

okay dah.
tarik napas panjang.
phewwwwwwwwwww!

lupa pulak nak bagi salam tadi.
Assalamualaikum.. hehe
*excited nak habaq. sampai lupa habeh.

tata~

~LOTS OF LOVE~


Thursday 25 October 2012

MoOd Raya Turned On...........! :)

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum.............

weiiiiiiiiiii.. hangpa semuaaa.. 
aku kat kampung dah la ni!
wahhhhhhhhhhhhh...
nikmat2...
hehe.

so mood raya Qurban pun turned on!
klik..!
*macam nak buka talibesen dah duk klik2.
kihkihkih..

raya Qurban taun ni Tuah,Jebat,Kasturi dop balik kapungggggggg...
so biasa2 saja lah.
xdak sapo doh haaa...
maklomlah cuti di hujung minggu sajaaa...

aku balik kampung jugak sebab mengenangkan mak ayah kat kampung yang xdak sapa2 dah.
lagipon aku manaaaaaaaaa lah ada komitmen lain lagiii...
kot la ikot husbengggg kaa... apa ka kann..
ohhh.. tidak. tidak. tidak.
belum lagiiii..
bukan nya orang berumahtangga lagi..
kannnnnnnnnn??
hehe.

so ambe pong kelik kapung bagi mewakili abe2 ambe hok tok leh kelik ni deh..
*tudiaaaaaa... keluaq loghat pantai timuq dah.

so la ni aku nak tunjuk gambaq2 raya aidilfitri baru2 ni??
lahhhhhhh.. baru nak tunjuk???
*basi. basi. basi..
biaqq lah. aku rasa macam baru ja lagi.
bukan lambat setaunnnnnnn pongggg...
:P

layan gambaq dah.
malas nak tulis2.

mak ngan ayah. :)

ayah: eh budak ni. duk menyelit tengah2 ni pulak. *muka xpuas hati
mak: kacau daun betui hang ni. baru nak bergambaq lebih sikit ngan ayah.
aku: *buat xtau sambil memuatkan dan menyelesakan kedudukan diantara mak n ayah.

eh???  tipu. tipu. tippuuu.
dialong rekaan.
harap maklong.
maklong??
bantai ja la maklong pong.
 :P

ayah eksyen konon2 nak bergambaq xmau tengok kamera.
hehehe. apeeeeeee pon xbolehhh.. 

nie Hang Tuah. xsah kalau bergambaq xtidoq.
xsah kalau bergambaq dia xlena.
haiyaaaaaa...
xcaya???
xpa. mai nak zoooooooommmmmmmmmm bagi.

haaa... kannnnnn.. ce tengokkk..
bhahahahah... :P
tidoqqqqqq ja keja. ish.. ishhh... ishhhh...

bersama Hang Jebat dan Iron Lady aku. weeeeee.... :)

bersama Cat Woman. :)
satu2nya kak kandung yang duk ada.

hadirin sekalian.... terima lahhhhh...
barisan calon menantu pilihannnnnnnnnn...!
eh??
ustazah pilihan??
eh?? eh??
apakah? hahaha..

anak2 buah aku.
buah pelam ngan buah machang?
eh?? hahaha..
dak. dak. dak.
anak Hang Tuah ni.
Anis n Aina. :)

satu2 nya abang ipaq yang aku ada pon...
superman aku.
abang Asri.
nama glamour abang Die.
lagi glamour uollllllls??
Rosyam Nor.
apeeeeeee pon xbolehhh. =_="

Hang Lekiu..
eh??
haa.. yalahhh..

Hang Lekir mano??
mano Lekir??
Lekir xdop.
mano entoh dia poie haaa...
xdapat dikesan.

satu2 nya adik aku.

anak2 buah aku lagi.
buah tembikai.
buah betik.
buah ciku. *sebab paling kecik amzar tu.
hehehehe...
dak aih.. dak aih. dak aihhhhhhh...
ni anak2 Jebat. :)

belakang yang dua orang lagi tu,
buah epal ngan buah anggott.. *anggur.
hehe.
anak2 Cat Woman aku.

ni?
buah hati.
eh buah hati??
boh pi la buah hati pong...
hihihiihihihi..
anak bongsu Hang Tuah.

aku xtau bila masa Hang Jebat mai menyelit nampak mata ja kot belakang tu...
=_="

tengok tangan Hang Tuah yang bersusah payah dengan sedaya upayanya 
nak buat peace kat atas kepala aku.
nampak dak???
xnampak??
zoooooommmmmmmmmm lagi.

nampak??
besauuuuuuuu punya aku bagi.
gambaq sampai terkeluaq line dah. hee
patot lah kepala aku gila berat.
sungguh2 aku duk angkat kepala.
sekali kalih belakang duk qenyehhhh baikkkkkkkkk punyaaaaa...
hailaaaaaaaa...

Hang Jebat bersama isteri tercinta serta buah2 nya..
eh???
silap. silap.
hero2 nyaa... :)
amzar tengah tidoq waktu ni.

Hang Tuah sekeluarga



                                                           
eh?? awat boh banyak sangat gambaq keluarga Tuah??
sajaaa... aku saja nak tunjuk kat hangpa semua Tuah aku ni. 
kalau tangkap gambaq xlena macam hat atas ni 
dia mesti tengok kot lain macam gambaq hat bawah nie.
ce tengokkk..

                  
nampak?? hahahahah...
maap lah Hang Tuah.
ampun. ampong. ampuh!
eh?? hehehe.



gambaq nie afif yang snap.
hangpa semua tengokkkk.
dia pancung habih kepala hat tinggi2 tu.
nasib baik muka aku ada jugak.
tq Afif.. muehehehehehehe.. :P
*muka Acu nampak 75% ja... haha.

tengok Hang Tuah sibok jugak nak bercakap even duk tengah bergamborrrrrrr...
=_="

mak bersama menantu2nya. Isteri Tuah n Jebat. 
serta besan hat paling dekat ngan rumah. *mak mentua kak aku.
:)

last but not least.

family Hang kasturi yang balik raya lambat sekali.
aku balik mai shah alam dah.
depa baru boleh cuti.
=_="

eh. apapon.
Salam Idul Adha semuaaa! :)

# perasan x kat semua gambaq ada wajah aku???
hahahahhahaha..
biaq lahhh..
aku gila glamor. :p

~LOTS OF LOVE~

Monday 22 October 2012

angkara siapa???

Assalamualaikum..
ehem!
*tukaq mood serius

sapa yang tega2 try log in pesbuk aku ni?????????
habaq mai..
amboihhhhhhhhhh....
marah ni... marah ni...
*buat muka cengei

beeeesssssssssaaaaaaaaaa niiii...
pesbuk orang pon nak try.
apakah???
nasib baik pesbuk aku locked!

aku nak log in tapi tetiba cakap someone trying to log in ur pesbuk in other device.
 pesbuk di lock.
haishhhhhh...
bebudak zaman la ni...
xdak keja pi cari keja.

jadi keja pulak aku nak pi tukaq password bagai.
macam2.

tapi baguih la jugak aku tukaq password pong...
mungkin dah tiba masanya aku buang semua teruih??
password lama?
kenangan lama?
yayayayayaya... maybe.. :)

okay password lama.
selamat tinggal sayang.
setakat ni saja aku jaga hang.
setakat ni saja aku duk sebut nama hang hari2 bila nak log in pesbuk.
pi lah main jauh2.
kembalilah ke tempat asal hang...
*wahhhhhhhhhh... macam nak lepas orang pulak gamaknya..
kikikikikkikikiki... :P

eh lupa nak habaq.
esok ambe nak kelik kapung!
weeeeeeeeeeeeeeeeeeee...
Kedah, tunggu aku..............!

eh??
*tengok jam
sat lagi pukul 2 aku nak pi jawab kuiz lah.......
kuiz ICU 
k bye!

~LOTS OF LOVE~


Thursday 18 October 2012

hujan Oh hujan..

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum...
yuhuuuuuuu....

xdak apa nak cakap.
saja nak keloi hangpa malam ni.

aku nak tidoq awai malam ni.
hujan lebat kemain.
campoq guruh kilat bagai.
ohhhh... tidakkk..
guruh kilat pi lah jauh2 kot sana nu..
jangan mai kot sini.

bismikallahuma ahya waamutu.
bye.
*tarik selimut tidoq senyap.
sweet dreams semua! 



~LOTS OF LOVE~

Tuesday 16 October 2012

Kau sahabat kau Teman.. :)

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum sayang-sayangku semuaaaaa! :)
cehhhhhhhh...

happy?
dak??
lahhhhh...
pasaipa???
happy kan lah diri, even xseberapa.
spread your happiness!
baguih untuk kesihatan. hehehe.

aku happy harini.
sebab??
sebab bila sebut pasai kawan,teman,rakan sahabat ja aku jadi happy.
otomatik.
:)

aku suka berkawan.
bagi aku dalam dunia persahabatan ni,
Janganlah kerana satu kesalahan yang sahabat kita lakukan,
kita akan lupa habeh semua kebaikan sahabat kita pada kita.
prinsip ni aku pegang sampai la.

so harini aku nak bercerita tentang sahabat2 aku waktu diteknik dulu.

ni depa..


aku menjadi sangat rapat dengan depa setelah berlaku satu peristiwa yang sangat xbest dalam hidup aku.
depa ni lah semangat aku hari2. :)
hilang sorang,10 yang mai.
macam ni lah perumpamaan yang aku boleh buat kat sini.
tapi bagi aku,sorang yang pi tu, dah xsama dengan 10 yang mai ni.
kannn??? :)

dari kiri:
mama lena, moon, bella, aku, limbong, achik, tulang, mak cik..
angah tukang tangkap gambaq. :)

Mot, Yan ngan Dila xdak dalam gambaq ni.
sebab depa pon ada geng yang lagi best.
tapi aku sayang depa macam aku sayang depa2 nie.
xkurang sikit pon.
semakin hari semakin bertambah.

bukan maksud aku hidup kami berpuak2.
No. No. No.
setiap orang dia mesti ada orang yang dia selesa.
so memasing hidup dengan keselesaan memasing. :)

aku kenai depa ni kat teknik jugak.
kami penghuni asrama..
lalalalalallalalalaa~~
seronokkk.. hee.

aku seronok.
yaa.
bila dikenang2 kan balik, indahnya zaman dulu...

aku ingat lagi waktu form 4.
dalam geng2 aku,
Aku ngan Yan budak elektrik.
yang lelain semua budak perdagangan.
dah nama pon kepala budak elektrik,
kalau mesin basuh tu rosak tok sah dok heran lah kalau bukan keja aku ngan Yan.
punya xmau share kemudahan mesin basuh ngan junior2, itulah keja kami.
umakkkkkkk aiiiiiiiii...
bila pikiaq balik, nakai gila aku dolu2.
ish3.....

time junior nak guna ja mesin rosak.
time kami nak guna,smooth ja berjalan.
x ke pelik??
hahaha.
rahsia kami2 ja hat ni.
aku xtau lah depa ingat ka dak lagi.



haa.. sebelah mama lena tu angah.

dalam gambaq ni jugak xdak aina mardhiah.
dia ada keja waktu tu.


ni gambaq kenangan waktu dinner kat hotel seri malaysia.

ohhhh! muka aku terserlah kesucian bebudak. tidak.. hehehe

ni pulak gambaq waktu sambutan hari raya form 5 kot kat sekolah.
aku x ingat dah. maap. maap.
yang berbaju biru tu Dila.
kawan aku. :)

tapi ni semua kenangan. aku lepas kan dia pergi.
pergilah jauh kau ke sana mencari kebahagiaan sebenar. :)
aku xpernah lupa dia. sebab dia pernah mengisi ruang kekosongan sahabat dalam hati aku.

waktu riadah petang, main sesama..
waktu tu Mot ada lagi.
pi main bola tampaq kat tengah padang depan bengkel bb tu ramai2.
sedaq2 bola laju menuju kepala aku.
xke pening lalok sat aku kat situ???
sakit woiiiiiiiiii..... gegorrr otak aku.
lepas tu reramai mai kerumun tanya okay ke x.
senyappppppp ja.
tetiba gelak reramai..
ohhhhhhhhh.. indahnya persahabatan.

melukis bilik sakit senyap2 mengikut kreativiti sendiri.
siap mewarna bagai..
paling xboleh blah memasing amek side memasing sebab nak tunjuk skill.
kemainnnnnnnn...
kelasssssssssss hangpa.. ! hahaha
hangpa semua ingat lagi dak???
pheewwwwwwww...

waktu gotong royong basuh bilik basuh,
cuci toilet.
bukan duk cuci sangat pongggggggg....
orang lain dah habeh gotong royong.
kami dak lagiiiiiiiiii..
duk buat apa??
nuuuuuuuuuuu.. dok main ayaq baikkkkkkkkkk punya...
apaaaaaaaaa pon xboleh.
habeh lencun sakan.

aku suka letakkan kepala dekat paha mama.
lepas tu mama main-main rambut aku.
bestttttttttt...
aku rasa diri disayangi. perghhhhhh.. hangpa ado?? :P

mak cik pulak suka kok'kong aku hat beratttttttt ni. 
 * kok'kong = alahhhh.. yang gendong bawak orang kat belakang tuuu..
bila nak balik ke dorm selepas habeh semayang jemaah ja xdak keja lain dah...
aku sukaaaaaaaaaaaaa...
haha. macam bebudak dah..

bella ngan moon suka layan aku sembang merapu2.
sekali ngan depa duk goreng baikkkkkk punya cerita ntah apapa.
bella lah ketua goreng2 tu.
moon keja senyum tergelak ja.
moon dengan Letto dia.

achik ngan angah suka cerita feeling2.
kiranya kalau sekali cerita hangpa boleh nampak tahap ke-feelingan depa 2 tu.
hahahaha.
kepada sapa2 yang nak ambik pelakon yang terbaik boleh lah cari depa 2 ni.
:)
sure meletopppppppppsssssss! 
kehkehkeh.

limbong dengan serius nya.
kekadang keseriusan dia ni membuatkan kami tergelak tiba2.
ohhhhhhh.. no. no. no.

Tulang dengan suara kecik nya.
cantik sangat dia nie.
dia suka "comey" budak KM.
haha. 
opssssssssssssss!
hang ingat dak makcik??

apapon kenangan semua ni aku xpernah lupa.
every single things!
sampai la aku masih terasa lagi gelak tawa depa.
terutama sekali m.cik.
aku masih lagi terasa suasana dibilik study kami bila aku tetiba teringat.
aku dapat rasakan aura tu.

betui lah kata orang.
kalau kita teringat something tu,
cuba kita pejamkan mata dan bayangkan.
terasa dekattttttttttttttttt....
betui! aku ngaku. ce hangpa try buat kalau xcaya?

haaa....
aku seronok dipertemukan dengan depa ni.
masam , pahit, manis semua ada menjadi satu.

AKU SAYANG HANGPA SEMUA !

moga kita berjiran di Jannah Allah nanti. InsyaAllah. :)


~LOTS OF LOVE~


p/s: mesti hangpa semua heran sapa dia Mot tu.
xpa. lenkali aku cerita. :)

Monday 15 October 2012

Tempatku Menuntut Ilmu Part IV

kita sambung cerita lagiiiiiiiiiiiii...
cehhhhhhhh...
banyak hang punya cerita Ja??
heheheh..

okay2.
la ni aku nak bercerita tempat aku menuntut ilmu hat latest punyaaa...
hat la ni la mana lagi...

habeh form 5, aku  apply politeknik.
bidang Biomedical Engineering.
aku letak pilihan aku yang 1st sekali.
sebab???
sebab waktu aku duk apply ni aku rajin pi jumpa cikgu2 aku tanya pendapat depa.
aku tanya pendapat2 family aku.
macam mana dengan hala tuju kos yang aku amik ni..

last2 semua bersetuju suruh aku amik kos ni.
sebab nya???
dalam malaysia, kos ni ada dekat Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ja.
politeknik lain2 xdak.
bidang ni lain sikit katanya.....
so aku macam semangattttt nak cuba mintak kos nie.

surat2 tawaran tempat lain mai aku abaikan ja.
ada dari UTP Perak. bidang elektrik. aku xmau.
dari UTM Johor . bidang elektrik jugak. aku xmau jugak.
surat2 tu semua aku sorokkan.
hat swasta apatah lagi. semakkkk...
aku xhabaq  pon dekat Tuah N Jebat aku dapat U.
sampai kesut aku xbuka mulut.
(aku harap hangpa diam2 suda naaaa... )
*promise???

lama aku tunggu panggilan poli nie.
ada yang kata aku xlayak dah la. sebab xpanggil2 lagi.
masuk ja Form 6 tu katanya.
tapi aku tetap tunggu.
sebab apa??
sebab aku yakin yang aku boleh dapatkan kos ni.
Yakin habeh baq hanggg...
 (semua aku jeling ja hat duk suruh aku masuk form 6 tu)
haishhhhhhh...

kalau aku masuk form 6
aku xleh pi punya dengan subjek2 tu.
bukan hati aku la dengan akaun, ekonomi bagai tu weh.
nak tengok sains sukan??? lagiiiiiiiiiii lahhh...

tapi akhirnya alhamdulillah...
aku dapat tawaran belajaq ke 
POLITEKNIK PREMIER SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH !


sini tempat aku belajaq la nie...
berkaitan dengan perubatan.
kekadang aku rasa aku nak jadi doktot bila belajaq kos ni.
*cehhhhhhh... doktot,
kekadang aku rasa macam programmer lah puloppppppp...
kekadang rasa macam nurse.
engineer apatah lagi kannn..

berapa banyak kekadang dah???
hehe. seriusssssss wehhh...
sebenaqnya aku seronok belajaq kos ni.
tapi bila mai semangat yang xboleh blah tu.
aku rasa macam nak berhenti la-la tu jugak.
stress tok sah duk habaq lah kan.

normal lah tu NURHAFIZAH...
belajaq....
belajaq apa yang senang...
nak lari kot mana...
sabaq sat.
xlama dah....
:)

kat sini aku kenai ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii manusia.
macam2 ragam.
betui lah kata peribahasa "Jauh perjalanan,luas pemandangan" tu kan???
:)
aku mengaku. mengaku. mengaku. 
*terangguk2 kepala aku.

tu ja la tempat aku menuntut ilmu buat masa ni.
lain2 hat depan nanti xtau lah pulak rezeki aku kat mana.
mana tau rezeki aku takat ni ja.. :)

tapi aku percaya.
rezeki Allah tu ada kat mana2 ja.
cuma kesempatan,rajin,malas,usaha ja alasannya.

k tamat sudah cerita ceriti ceritu tentang tempat aku belajaq..... :)

bertemu lagi entry yang lain! 
mmuahhhh!

~LOTS OF LOVE~




Sunday 14 October 2012

Tempatku Menuntut Ilmu Part III

kita sambung cerita.....

lepas ja aku belajaq kat MAKTAB MAHMUD,
aku pindah mai sekolah nie pulak.
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JALAN STADIUM, ALOR SETAR.


aku masuk sekolah ni atas dorongan kuat daripada Hang Jebat.
Hang Tuah xbagi aku pindah dari Maktab Mahmud tu.
tapi dia kena pasrah dengan pilihan aku.. kihkihkih...

sebab apa Hang Jebat semangat sangat dorong aku masuk sekolah ni??
sebab sekolah ni dulu tempat yang sama dia menuntut ilmu. 
kebetulan kos yang aku amik kat sini adalah kos yang dia amik dulu.. :)
kiranya aku generasi kedua dia lah.. pewaris...
cehhhh... dia sekolah sini dulu tahun 1992. tahun aku baru lahir weh.. ! 
nak dijadikan cerita lagi, mama Leha guru kelas aku tu cikgu dia dulu.
wowww... lamanya! 
ada la cikgu2 yang duk ajaq dia dulu tu ada lagi waktu aku masuk sekolah nie.



aku masuk sekolah ni Hang Jebat yang uruskan semua.
dari apply nak masuk ke sini sampai semua lah.
aku xtau apapun.
yang aku tau , bawak diri ja.
tengok2 aku akan belajaq kos elektrik elektronik.
hati aku cakap "weiiiiiiiiiii........... apakah????? elektrik?? elektronik??? menda???"
daripada minah syooooooopan,lemah lembut teruih jadi minah karan???
=_=" 

tapi aku pasrah. alang2 dah pindah.
alang2 dah nak belajaq.
teruskannnnnnnnn...
belajaq ja...
jangan kata xmauu...

kalau aku xpindah sini, aku xkan kenai NUR DINA ADLIN.
kalau aku xpindah ke sini, aku xkan jumpa kawan2 yang setia dengan aku sampai habeh. 
eh?? sampai habeh?? habeh apa wei??
entah. aku pon xtau nak nak sambung ayat tu. habeh apa?? hehe.
hangpa semua boh la ayat hangpa sendiri.

kat sini aku jumpa insan2 yang sangat baik dengan aku.
aku bersyukur sangat sebab selama aku hidup ni Allah sentiasa hadirkan insan2 yang baik mengelilingi aku.
sampai lah sekarang.
alhamdulillah.

kat sini kelas campoq laki pompuan.
memula aku kekokkkkkkkk sangat.
yalahhhhh... aku mana pernah campoq laki pompuan waktu duk maktab dulu.
dah la kelas aku pompuan 2 orang ja.
phewwwww.... dugaan jugak lah aku nak membiasakan diri aku kat sini.



tapi xpa.
bebudak laki kelas aku even nakai2 tapi depa baikkk ohhh...
besa lah.. nakai laki kan.
nak pi kelas bengkel pi sekali.
nampak segroup. jalan sesama.
apapa sikit depa back up aku.
aku terharu wehhh...
makin hari aku makin serasi dah dengan depa.
kenai perangai masing2.
baik sangat depa ni.

depa jaga aku.
depa jaga kawan2 aku.
sampai pernah ada satu kes,
aku ada selisih paham sikit dengan satu geng ni. (pompuan)
boleh pulak bebudak kelas aku ajak geng2 kelas lain boikottt geng2 hat aku salah paham tu????
hang ingat dak m.cik????? ingat dak??? 

aku terkejut kot waktu tu.
sampai aku xterkata apapa.
bila geng2 tu berjalan ja,
bebudak ni tengokk pelik.
macam2 lah depa buat.
tu xmasuk kata2 lagi.

aku??? aku banyak kali dah cakap stop.
tapi besa lahhh.. laki...
*aku xbersalah okay. maap. maap. bukan aku yang suruh.

dalam kelas aku tu aku paling rapat dengan
Irfan,Najib.Adik,Jat,Pait,Mat Raidy,Paly.Bob.

waktu ni tetiba pait mai menyelit tepi aku sebab takot xdan nak bergamborrr katanya. =_="

 aku xberapa rapat sangat ngan Atin budak kelas aku ni.
maybe sebab perbezaan pandangan.
dan lagi satu maybe sebab dia suka melepak dengan bebudak kelas lain.
tapi aku still go on berkawan ngan dia.
dia baik sangat.
:)

aku rasa kami ni macam adik beradik dah.
yalahhhhh... memasing jaga antara satu sama lain.
susah senang sama2.
ka budak kelas aku ja yang aku rasa???
heheheheh...
belajaq  xpaham saling tolong menolong.

selama ni aku ingat bebudak laki ni susah la nak kompromi, menyusahkan lah.entah apapa lah
macam2 lah dalam pikiran -ve aku ni.
tapi rupanya ohhhhhhhhh tidak sama sekali.
depa membantu sesangat.
tu yang membuatkan aku sayang depa sampai la.
ya pengakuan aku pada hari ini.

tambah2 bila kena kat subjek hat aku cannot go sikit tu.
apa lagi... elektrik elektronik lah.
depa paling cekang sekali.
perghhhhhhhhhh....
depa banyak tolong aku.
bab2 lukis lukisan elektrik elektronik hat susah2 sikit tu aku xrisau.
sebab apa?? 
sebab Jat,Najib,Mat Raidy ada nak tolong aku.
bila buat wiring dekat bay memasing mai tolong.

bukan depa saja ringan tulang nak ringankan beban aku.
tapi semuaaa kottt..
aku bersyukur sangat.
aku sentiasa mendoakan kerahmatan depa.
sebab budi baik depa kat aku banyakk.
:)



keakraban aku dengan kawan2 sampai satu tahap
cikgu Azilawati cikgu bm aku merangkap warden aku 
ingat aku dengan si Irfan bercinta !
apakahhhh?? hahahaha! aku gelak ja..
xdak lah cikgu oiiii... 
hari2 duk ngadap muka hat sama jaa...
sampai orang pon pikiaq lain.
dia kekasih gelap saya ja, bak kata Nurdina Adlin dulu2.
hihihihihi..

maap lah Aina. bukan2. marah Aina Acha si kekasih fan sat gi ohoiiii...
depa bahagia la ni.
alhamdulillah. moga kekal selamanya.

banyak pengalaman ,dugaan,suka duka aku waktu kat sini.
aku sayang sangat2 cikgu2 kawan2 kat sini.

aku jadi pengawas sekolah waktu aku duk teknik ni.
aku pon xtau macam manaaaaaaaaaa lah aku terboleh jadi pengawas nie.
=_="
aku xingat. xingat. xingat.
hahahahah!

okayyy... last but not least.
aku tinggaikan video bebudak kelas aku kat sini.
kenangan yang sangat indah bagi aku.
:')



tu ja lah kot nohhhh...

aku nak bercerita part IV plak.
heheheh..

tata~

~LOTS OF LOVE~


p/s: ehem! cuba tengok chat box aku hat sebelah kanan tu?? perasan dak wei??
saja nak habaq aku baru boh. hehe. 
k bye..!

Thursday 11 October 2012

Tempatku Menuntut Ilmu. Part II . :)

(ni sambungan daripada entry lepas)

okayyyy...
lepas ja darjah 6 sekolah rendah tu..
aku apply nak masuk banyakkkkkk sekolah.
tapi sekolah ni paling aku teruja sekali nak pi.
sekolah agama. *ingat nak jadi ustazah dah.. hehe.
MAKTAB MAHMUD. :)



yaaa... aku rasa nakkk sangat pi belajaq kat sekolah ni dulu.
aku rasa macam ada something yang duk tarik2 hati aku pi belajaq kat sana... :)
dulu sekolah ni separuh swasta,separuh kerajaan.
la ni aku xtau lah macam mana. 
full government ka apa.

aku nak masuk sekolah ni dulu siap kena beli nombor pin lagi...
(aku rasa la ni siap pakai on9 dah.. dasattt ahh)
lepas tu kena interview.
interview mengaji Quran.
kena baca Quran depan ustazah Noraini. aku ingat lagi. phewww !
jawab soalan bertulis 100 soalan selama berapa jam ntah.
aku xingat dah. sejam kott..

aku macam pasrah ja lepas interview tu.
sebab apa???
sebab ramaiiiiiiiiiiiiiiiiii sangat calon2 yang hebat2 belaka.
nak masuk tu depa tapis betui2.

tapiiiiiiiiiii... Alhamdulillah. Allah kabulkan permintaan aku untuk mencari ilmu disitu. :')
aku diterima belajaq kat situ..

kat sini lah aku mula kenal apa itu erti kehidupan yang sebenar.
kat sini aku belajaq apa yang aku xtau selama ni.
begitu indah ilmu Allah rupanyaa.. :)

kat sini hidup aku penuh pengisian.
disamping aku belajaq ilmu akademik,
kat sini aku belajaq tentang kitab2 kuning.
kitab2 lama. belajaq tentang ilmu feqah,tauhid,hadis,nahu,sorof,sirah.
banyakkkk lahhhh..
aku belajaq bahasa syurga.
luqah al-arabiah.
subuh n asar dengan al-Mathuratnya..
macam2. kiranya masa aku xhabeh macam tu ja.
dengan usrahnya.

kat sini aku aktif berpersatuan.
bestttttttt oooooooo.....
pengawas library nya
*memang jodoh aku dengan buku2 kot nohhh... :P
dengan kelab maths science nya.
kelab bm.
asrama lagi. dengan Biro akademiknya
puteri islam bagai.
kekadang aku pikiaq balik,ohhhhhhh gila hang Ja.
apakah????

aku tenang kat sini.
duk asrama aku seronok.
even memula masuk aku macam sedih sikit sebab xduk ngan family,tapi aku seronok.
sebab aku merasa kemanisan ukhwah kat sini semakin hari semakin erat antara satu sama lain.




kat sini aku jumpa sahabat2 yang sangat baikk.
kami bergelak ketawa bersama2. susah senang sama2.
segalanya lah...
aku dapat rasakan bulatan gembira disitu.
jatuh bangun seseorang kami harungi sama2.



kat sini aku mula kenai cik kiah si tinggi lampai, Preek si mulut pot pet, Jannah si cantik,
Jannah husni si gadis yang cepat gelabah. Sherry si gadis yang cengeng. Mas yang suka bergurau senda.
Cik mah si kecik,
Zati yang sembang 2,3 batu boleh dengaq soqa dia. Amira yang sensitif orang nya.
ramai lah... xtersebut nama2 depa. biaq lah bermain di hati aku sentiasa.

kat sini lah aku mula kenai apa tu hesteriaaaaaaa.... *hihihihihihhihihihihiihi..
yalahhhh.. dari aku form 1 sampai form 3 "benda" tu keja nak mengganas ja...
apaaapon xbolehhh...
paling dasyat waktu aku form 3. dasattttttttt sangat. sampai diisytiharkan darurat lah sekolah aku tu.
sampai xsekolah. sekolah cuti.
pengetua sekali penat. cikgu2. ustaz-ustazah. pukul 2,3 pagi keja duk settle benda ni kat asrama.
sampai tidoq ramai2. buka pintu dorm jadi panjangggg   jadi lah dorm panjanggggggg....
kenangan paling aku xleh lupa.

kat sini kekadang kenakalan aku terserlah jugak.
time belajaq dalam kelas tok sah tanya lah.
lagiii lahhhh...
kena pulak belajaq ilmu nahu. tambah2 pulak ustaz yang mengajaq tu golongan lama.
soqa pon xberapa nak dengaq kannn... aku n da geng hat duk belakang ni apa lagiiiii....
sorang letak kepala, semua letak kepala.
orang depan kalih tengok belakang nampak kosonggggggggg jaa....
sebab apa??? masing2 kepala kat meja dah. tidoq baikkkkk punya...
kihkihkihkih....
nasib kelas xcampoq laki pompuan.
kalau x buat maluuuuuuuuuu jaa.



nasib2. kesian kat ustaz+ustazah hat mengajaq kat depan tu.
depa pon xterkata apa... nasihat sampai berbuih dah. hehehe...
NURHAFIZAH... NURHAFIZAH...

kat sini lah aku dengan kawan aku mira kena ligan ngan lembu yang sedang menggila kat padang..
ohhhh tidakkkk...
mira sampai nangis2..
hahahah! nasib baik ada senior laki waktu tu duk tengah main bola mai tolong.
hambat lembu tu ramai2.
lepas tu kena gelakkk...
phewww.... kenangan2..

aku ingat lagi time aku kena tibai. aku and the geng.  *tibai = rotan
kena tibai dekat perhimpunan pulak tu! haishhhhh...
sebab apa?? sebab malam tu aku  n da geng berdrama baikkkkkkkk punya.
ala2 cerita korea la baq hanggg...
nak tau perjalanan kisah?????
TUNGGU ENTRY aku yang lain naa...
aku rasa macam banyakkk lah pulak duk menaip ni haaaa....

tapi yang paling sedih bila aku nak berpisah dengan semua kat situ.
ustaz,ustazah,cikgu2. pengetua. kawan2 yang aku sayang.
ohhhhhh... :'(
warden sampai berapa kali dah duk pujuk aku jangan pindah.
*aku tau depa sayang sangat kat aku.
kawan2 xmau lepas aku.
ustaz Hamdan timbalan pengetua siap xmau keluaqkan sijil berhenti sekolah aku lagi
sebab suruh aku belajaq kat situ lagi...kiranya hari last tu orang cakap hari ayaq mata lah bagi aku.
sobb.. sobb. sobb...

tapi waktu tu mungkin hati aku macam kata:
 "xpa. kita teruskan perjalanan mencari ilmu yang kita xtau"
dah tiba masanya aku berhijrah mencari ilmu lain pulak.
ilmu Allah ni luas.
xkan pernah habis kalau kita mencarinya...

so berakhirlah kehidupan aku di MAKTAB MAHMUD
selama 3 tahun 2 bulan.
selamat tinggal sayang.
selamat tinggal bulatan kasih sayang. :')

ok???
kalau nak diceritakan semua, bertaun xhabeh.
sebab apa???
sebab bagi aku kenangan tu sentiasa mekar dari hari ke hari.
subur bagai dibaja.
*perghhhhhhh..... peribahasa... hiperbolaboli aihhhh...
hihihihi.

ok lah. jumpa lagi entry yang akan mai ni.
TEMPATKU MENUNTUT ILMU PART III
tata~

~LOTS OF LOVE~

p/s : waktu aku duk belajaq kat sini kan.
     ada dua orang ustaz aku muka iras 
Shahril n Hazamin In-Team.. :)
                             bebudak kelas aku bila waktu ustaz2 ni mengajaq,
          mau semangat berkobar2 baq hang...
                  sekali ngan aku2 lah apa lagi..hahahahahha... 
                              apaaaaaaaaaaaa pon xboleh blah bila ingat balik. ceihhhh...
=_="



Sunday 7 October 2012

Tempatku menuntut Ilmu.. part I :)

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum warahmatullah..

ehem. ehem. ehemmmmmmmm...
(amboiiiiiii.. panjang aih ehem hang Ja) kikikiki..

hari ni aku nak berceqita sikit pasai tempat2 aku menuntut ilmu dulu.
hehe..
tetiba teringat pulak zaman dolu2.

aku dulu mana masuk tadika.
tabika ka.
kemas ka.
cuci ka..ehhhh??? cuci?? hehe.
xdak. xdak. xdak.
aku xmasuk itu tempat semua.
sebab apa???
sebab aku qasa aku dah pandaiiiiiiiii.... yeayyyy!
hahahaha.
dak. dak. dak..
xdak aihhh...
memang aku xmasuk lah makna kata.

aku teruih masuk darjah satu.
aku sekolah dekat SEKOLAH KEBANGSAAN JENIANG... :)
ni tempat first aku menuntut ilmu.


aku ingat aku xmasuk tadika aku akan duduk kelas belakanggggggggg sekali.
tapi oh tidakkkkkkkkkkkk...
aku berada dikelas depan. muehehehehehehe..
tengok... tengokkk. haha.

aku sekolah sini dari darjah satu sampai darjah enam.
waktu aku darjah satu aku ada abang jugak kat sekolah tu.
abang aku darjah 4 ka 5 xtau waktu tu. kiranya seniorrrrrrr lah.
sorry. xingat.
xlaqat nak ingat dah aihhh...
dia tua 4 taun pada aku.

waktu aku darjah satu tu kan ada sorang budak pompuan ni rajinnnnnnn buli aku.
mentang2 lah kak dia pengawasssssss... haish! (ingat aku heran???)
aku ni besa la...
sopannn.. lemah lembut. lemah gemalai... *pitam
budak nie selalu buat aku sakit hati.
curi buku aku.
curi pencil box aku.
tapi aku okay ja...
cool...

tapi bila sampai satu tahap dia nie siap pi ngadu2 kat kak dia apa ntah
sampai aku ni dicubit2nya dia punya kak.
hang ingat aku nak dok diam ka lepas tu?????????
ohhhhhhhhhhh... tidak sama sekali... coihhh...
hang ingat aku takot kat hang???
aku ada ABANG lah ! diulangi.. ABANG..

haaaa.......... aku apa lagi pi ngadu abang aku lah...
tunggu dok lagiiiiii...
rehat tu abang aku pi terjah depa. sekali kak2 dia abang aku terjah.
terkulat2 depa..
lepas tu xpernah2 buli aku dah...

hangpa semua nak tau dak lepas tu kan budak pompuan tu jadi kawan karib aku..
nama??? biaq lah rahsia aku ngan dia.
karib sungguh. makan kat rumah hang rumah aku.
mandi kat rumah hang rumah aku.
study rumah hang rumah aku..
tidoq rumah hang rumah aku
segala2nya lah kata...
sweet dak?? sweetttttttttttt dak wei??? hahaha.
aku kawan karib ngan dia until darjah 6.

lepas tu dah jarang jumpak sebab masing2 dah jauhhh..

waktu aku sekolah rendah nie kan..
besa la kecik lagi.
waktu balik sekolah aku tunggu sampai abang aku habeh kelas.
yalaaa... aku darjah satu darjah dua keluaq awaiiii sikit. depa lambat la.
tunggu ayah aku mai ambik.
tapi xmai2 pon.
abang aku ajak naik bas, tapi aku xmau.
ajak lagi. xmau jugak.
aku takot nak naik bas.
last2 bas tinggai macam tu ja..

tunggu ayah punya tunggu xmai pun . sedihhhhh... :'(
abang aku ajak naik bas lagi. tapi xmau jugak.
last sekali dia ajak jalan kaki.
mau pulak aku waktu tu?? haha.
sayangggggggg sungguh abang aku kat aku waktu tu.

kami redah shortcut.
jalan hutan2.
waktu tu aku ingat lagi.... hujannnnn.
tapi xpa... xmau naik bas punya pasaiiii...
yang abang aku ni dok heret ja tangan aku.
basah kuyup habeh.
3km kot dari sekolah ke rumah aku.

dulu aku qapat ngan abang aku nie.
sebab adik aku kecik lagi.
so main ngan abang ja la.
 pi sekolah sekali.
belajaq sekali.
dia xpernah tinggai aku.
aku panggil dia kokceh.
dia suka protect aku.
dia suka main ngan aku.

haishhhhhhhh.. tengokkk..
kan aku dok melalut ceqita kot lain dah..
tak sat duk ceqita basah kuyup.
hahaha..

okay2.
aku jalan kaki lewat petang baru sampai rumah.
balik tu mak aku marah2 sayang.
sebabnya mak aku tunggu kat rumah kami xsampai2 lagi.
ayah xdak kat rumah. keja.
dalam hujan2 lebat mak aku ngan kak aku duk turun naik bas satu2 tengok kot aku ngan abang dok ada dalam bas tu.

risau bebenor.
lepas tu abang aku kena leter sebab buat macam tu.
aku??
mak xmarah pon.
mak suruh pi mandi lepas tu makan.
malam tu aku demam.
esok xpayah pi sekolah. hahahahhaah

banyak gila kenangan aku waktu sekolah rendah.
kalau nak dicerita kan semua memang xcukup masa.
xcukup hari.
hehe.
kat sekolah ni lah aku duk hapai sifir kalau xboleh mula nak mengelabah bewak.
sebab apa?? sebab sat gi kena kuteeeeeeee...
sakit ohhhhhhhh...
cikgu dulu2 garangggggggg.. *buat mata besarrrr..

aku ingat lagi waktu darjah enam.
waktu math semua pakat gelabah.
sekali aku lah apa lagi.
sebabnya???
cikgu tu garangggggggggggg gila.
cubit orang keluaq kulit2.
sakit ohoiiiiiii..

cikgu ni suka panggil orang pi buat kat depan.
waktu kena panggil tu semua pakat tunduk.
hahahahha...
aku pernah sekali ja kena ngan dia.
aku kena buat soalan bundarkan kat papan hijau.
sekali buat silapppppppppp lah pulak..

dia tarik perut aku tu naik atas sambil nyanyi2 siap aku jinjat2 lagi..
sakit ohhhh...
lepas pada tu terus aku terer subjek dia.
upsr math aku A beb.
terkejot habeh semua.

aku rasa kalau dia xbuat macam tu sampai kesut aku duk takat tu ja la...
hehehehe..
dan alhamdulillah.
aku keluaq dari sekolah tu dengan keputusan yang agak baik lah..
boleh la nak teruskan kehidupan..
(ehhhh?? tetiba. hihi)

eh?? penat lah pulak aku duk bercerita.
dah la kot noh??
dah laa...
nk ceqita semua sampai bila xhabeh2.. kannn... :)
nanti aku cerita pasai sekolah menengah pulak dehhh..
tungguuuuuuuuu...

nie aku ngan abang aku kokceh waktu kecik2.

satttttt ja masa berlalu. besaqqq dah aku. haishhh...

~LOTS OF LOVE~

*sekolah rendah dulu aku jadi pengawas perpustakaan... :)
sebab apa??? sebab aku sukaaaaaaaaa sangat duduk dikelilingi buku2.
aku suka bau dia...
suasana dia...
semuanya lah!