Saturday 22 December 2012

wahhhhhhhhhhhh.... !

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum...

apa habaq hangpa semua hari ini???
hehehee..
moga2 sihat hendakNYA la nohh...
hat xsihat tu makan lah ubat...
on the way rasa2 xsedap badan tu cepat-cepat jumpa doktor eh..
maklum lah cuaca la ni sat hujan. sat panas.
xmenentu. tapi tang hujan tu banyak lagi.. 
pi lah mana pun... hujan sama ja... ye dakkk...

okay sebenaqnya aku la ni tengah cuti semester...
wahhhh.... baru masuk poli seminggu, dah cuti nohhh..
cuti 2 tahun pulak tu baq hangggg...
tau sebab apa???
aku cuti start 22/12/12 - 01/01/13..
x ke 2 tahun namanya??? bhahahahaa... *angkat2 kening.

aku balik kampung, then terus dapat khabaq berita yang gembira bagi aku daripada Syafariza...!
menari2 aku kat sebelah dia. *apakah???? haha. sorry. xboleh cover dah.
wahhhhhhhhhhh.... ! congratulations for both of you sayang. :)
aku happy, dia dan suami apatah lagi kan.... hehehe..
bertambah lagi "permata" aku nanti...
eh? nanti aku nak anak hang panggil aku "bonda" tau??
dak pun "mummy"???  *oh.. tidak.. bandaq sangat. muahahahaha..
"ummi ija"??? hahahahhahahaha...
*apasal aku excited gila baq hang??? 

apapun buat hang Pariza oi,
jaga diri, jaga kesihatan.
makan makanan yang berkhasiat for our baby.
our baby??? bantai ja la... hahahaha...
jangan diet. xmau makan pun kena makan jugak.
untuk our baby. *eh?? our baby lagi???? muehehehehehehe...
jangan buat keja berat2...
aku doakan agar selamat semuanyaaaaaaaaaa... :)
and the last one, i love you . ! 
;)

kengkawan semua, marilah kita sama2 mendoakan Syafariza.
moga selamat semuanya ya. :)

setakat ni saja la nohh...
aku nak kena keluaq sat.
nak pi cari pressure sensor yang bersesuaian dengan final project aku yang sampai ke la xjumpa2 lagi.
lahaiiiiiiiiiiiii...
ok semua. jaga diri. jaga iman. love you all. 
muahhhh.. :)


~LOTS OF LOVE~


Thursday 20 December 2012

Kahwin... Kahwin.. :)

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum warahmatullah...

yuhuuuuuuuu....
*tudiaaaaa punya keloi orang baq hang...
yuhuuu..yuhuuuu ja??
hehehehe..

sihat semua???
hahaha... macam lawak pulak.
asyik tanya soalan hat sama ja. sihat ka dak...
bukan ada orang jawab pongggg...
haiyaaaaa..

hangpa tengok tajuk post aku kali ni mesti hangpa pakat2 teruja nak tau benda apa kannn...
kahwin... kahwin bagai...
muhung lah kalau kata xdak apapun...
tambah2 kalau cikin ngan jannah...
muahahahaahahha... *gelak jahat.
kalau Yani xpa dah kot... sebab dia punya fasa dah berlalu.
cewahhhhhhhhhhhh... gitewww...

cuti semester baru ni aku rasa aku keja duk pi kenduri orang kawen ja..
start cuti sampai aku nak balik poli pun aku hadirkan diri aku.
lahaiiii...
kengkawan sebaya aku.
dah tu mula lah aku pikiaq dah tua ka aku..
pakat2 kawen dah ni member aku..
muahahahahah...
(jodoh oiiiiii)

aku rasa aku masuk ja umuq 20an sibuk ja aku pi walimah kawan nu.. pi walimah kawan nie...
lepas tu mula lah mulut2 gatai macam kena ketik semut duk bertanya aku bila pulak.
apakah??? jodoh memasing kannn... xkemana nya...

aku teringat lagi kejadian bersama Hang Tuah ngan Hang Jebat.
peristiwa bersama Hang Tuah sewaktu dalam kereta bersama kak ipaq aku,lepas balik kenduri sepupu  : 

Hang Jebat: lepas ni kenduri sapa pulak lah rumah kita.
Aku : yalahhh kann. rumah kita dah lama xkenduri.
Kak Ipaq : tengok2 ija?? tapi ija dia mesti nak ustaz2.. imam muda.. IM
Aku : haishhhh kak Ta ni... semua pengaruh tv.. mentang2 musim ustazah pilihan lah..imam muda lahhhh...semua nak buat menantu..
Hang Jebat : tapi baguih la jugak kalau dapat. bonus la. hari2 dengaq ceramah..
aku tetiba gelak ngan kak Ita.
Hang Jebat : xdapat IM pun xpa lah kak oi.. TSM pun jadi lah..
Kak Ipaq + Aku : hah???? TSM??? apadiaaa???
Hang Jebat : Tok Siak Muda..!

lepas tu gelak reramai... ntah apapa... ada lagi ka zaman la ni bebudak muda nak jadi tok siak..
hebat lah kalau macam tu. aku tabik...

*sapa yang xmau suami yang elok agamanya??? cuba habaq mai.... ohohohoho.. semua orang nak hokayyyy...! (semangat)

hangpa tau dak aku bawak Anis temankan aku baru2 ni mai daftar modul, Hang Tuah kata apa kat aku???
"Anis,cakap ja kat Acik kahwin ja terus. lepas ni nak pi mana2 semua ada teman"
amboiiiiiiiii... ni xbagi aku pinjam Anis ka apa...
xsemestinya aku kahwin husbeng aku teman ja aku kemana aku nak pi...
untunggglahhhh..
ka duadua Hang aku ni dah lama menyimpan keinginan nak ada pertambahan geng dalam kalangan adik ipaq lelaki??
nak pertambahan geng ka??? hahahahhaahha... sabaq sattt... sabaq sattt...

so,la ni kita abaikan dulu cerita hat xpenting kat atas tu...
la ni mai kita layan pulak gegambor... eh gegambor????
hahahahahah... gambaq2 majlis perkahwinan kengkawan yang sempat aku pi,
ada yang xsempat nak bergambor...

majlis yani aku pi dah lewat.
so xdan nak jumpa perantin.... tinnn.. tinnnnn...
aku tibai gambaq dekat kak Mimi ja la...
maap kak Mimi. ija ambik nie... hee.
untuk tatapan kengkawan yang lain.. :)

Yani ngan husbeng beliau..

Yani bersama Ika dan husbeng2 mereka..
(majlis sekali. senangggg... xpayah pikiaq banyak dah. hehe..)

cewahhhhh.... lawa spek mata.. kehkehkeh..

ni pulak majlis Syafariza..

perantinnn... :)

bersama husbeng beliauuu...

alolololololooooooooooo... :)

Pariza majlis kenduri pun sama jugak dengan akak nya Syafarina... :)

ni kak Pariza.. Syafarina...
*pengantin pegang bunga,aku pun sibuk nak pegang jugak baq hang...
hahahhaha... :P

bersama duadua pengantinnnn.. tinn.. tinn...

member dari kecik sampai besaq. dia ni lahhh... hee

k tu ja la gegambor hat duk ada ponggg...
apapun barakallahulakuma untuk Yani dan husbeng,Pariza dan husbeng,kak Parina dan husbeng,Ika dan husbeng serta sepupu aku yang tiada dalam gambar serta isterinya...
moga kekal hingga ke Jannah Allah. In Syaa Allah. Amin.. :)

k bye.. !

~LOTS OF LOVE~












Wednesday 19 December 2012

Semester Akhir.. :)

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaaaaa... :)

sihat???
moga kita semua sentiasa dalam kesejahteraan hendakNYA. 
:)

aku la ni baru ja mula semester baru.
dalam sedaq xsedaq dah semester akhir.
dah 3 tahun aku bermastautin dekat sini.
rasa macam baru ja masuk.
tengok2 dah nak habehhhhhhhhhh...

Alhamdulillah..
setakat la ni dapat lecturer yang sangat baik.
boleh ikut rentak lagi.
lecturer2 yang memberi seribu satu semangat yang habis habisannnnn kat students.
aku harap perkara ni bukan hanya disini saja.
tapi berterusan hingga bila2.

semester ni aku touching bila dapat lecturer2 yang sebegini rupa.
lecturer Engineering mathematic, circuit analysis,power electronic layan students setakat ni sangat membuatkan aku terharu. dan aku mula terfikir, "masih ada lagi insan2 seperti ini".
alhamdulillah.
dan apa yang aku tengok timetable aku sem ni, aku bersyukur sangat2 dapat lecturer2 yang hebat.
moga semangat sem akhir ni terus berkobar2 hingga ke akhirnya.

Lecturer power electronic paling aku tunggu2 untuk berjumpa sebab aku dari sem lepas lagi aku dengaq cerita macam2 pasai dia dari bebudak kos lain. bebudak semester lepas buat macam2 kat dia. sehinggakan satu haritu depa buat dia sangat down. biaq lah aku ngan tukang cerita ja yang tau apa ceritanya.
lecturer ni seorang lelaki.

bila first day dia masuk kelas aku tadi, aku nampak keikhlasan dia dalam membantu students.
aku cuba cari dimana kelemahan lecturer tu. tapi aku xjumpa.
dan aku mula membayangkan sampai hati bebudak lepas buat dia macam tu.
aku nampak kesungguhan dia nak tolong students.
siap saling berpesan2.
aku pulak jadi semangat nak belajaq subjek dia.
sekilas kita tengok orang ni, sekurang2 nya kita tau dia macam mana.

tapi tu lah... manusia kan,...
 kita xboleh nak puaskan hati semua pihak.
lecturer pun manusia biasa. ada kelemahan masing2.
kita semua sama.
jangan hanya mau menghentam sahaja tanpa mengetahui apa benda yang terjadi sebenarnya.

aku pernah mengalami lebih kurang jugak peristiwa yang xbest bersama lecturer.
aku pun kekadang ada jugak perasaan xsuka dengan attitude sesetengah lecturer.
tapi aku kena cecepat sedaqkan diri bahawa kita menuntut ilmu daripada dia.
cari keberkatan disitu. students bila tengok kelemahan sikit mulalah nak mengutuk, mengumpat bagai. 
tu ilmu susah nak masuk. dan aku mengaku,aku pun ada jugak macam ni.
aku bila dah xsuka dengan cara lecturer tu mengajaq, mengajaq macam mau xmau ja macam mana aku nak terima???  tambahan pula dengan attitude yang???? bila xsuka, semua tentang dia aku block habeh masuk dalam otak aku. Allah... subjek yang aku boleh lulus pon aku gagal.
mintak maap la aku cakap. tapi aku berdoa lecturer tersebut sentiasa dalam keberkatan Allah SWT. 
dan aku jugak mohon Allah bukak kan pintu hati dia jangan lagi mengajaq macam tu. ubah attitude.
bila jadi macam tu, ramai student yang secara tetiba xsuka dia. mengutuk bagai.
aku juga berharap aku xjumpa dia lagi dan moga anak2 dia suatu hari nanti xkan mengalami keadaan yang sama seperti aku pernah alami.

kepada lecturer jugak,
kena lah amik dan terima pandangan daripada students.
sama2 kita baiki apa yang kurang.
orang cakap apa??
Give and Take??
haa.... ya la tu...
:)

sama2 berganding bahu.
jangan lah kerana ego, pendapat student tengok sebelah mata ja.
aku xsalahkan lecturer yang mengajaq. tapi aku kecewa dengan attitude.
nak tengok attitude students ja hebat, cemerlang..
tapi disebelah pihak lagi macam mana???

emmm... aku rasa aku dah melalut bagai dah.
tapi xpa lah.. aku hanya nak meluahkan apa yang aku rasa.
kita cuba lihat dari segi positif nya eh???
:)

goooodddddddddd... 
semoga kita semua terus cemerlang gemilang dan terbilang.
bukan hanya ilmu duniawi sahaja, malah hebat jugak dalam ukhrawi.
sama2 lah kita berdoa. In Shaa Allah.
Amin.

best of luck semua.. !

~LOTS OF LOVE~





Wednesday 12 December 2012

KuaT... :)

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum warahmatullah.. 

Dear Allah...
please give me a strength..
kekuatan mental dan fizikal yang kuat untuk aku menjalani hari2 yang mendatang.
Allah..
peluk hati aku.
pegang hati aku.
hiburkan hati aku dari kesedihan yang tak dipamerkan.

kuat Nurhafizah..! 
chaiyoookkkkk...

*redha lillahi taala.

~LOTS OF LOVE~

Tuesday 11 December 2012

Rewang?


Assalamualaikum warahmatullah.

xmau update banyak2.
xmau merapu banyak.
la ni nak pi berewang rumah Syafariza.
esok kenduri dia..!
hahahah...

rewang orang kedah panggil "buat qisik."
contoh ayat:
"ni, mak nak pi buat qisik rumah kenduri mak Long hang sat"
maksudnya:
"gotong royong sebelum kenduri esok. kupas bawang ka... kupas ubi ka... siang pi lah apa yang patut"
tau??
xtau pun buat2 tau dah la.

gamborrr ehsan encik google. :)


k bye.. !

~LOTS OF LOVE~

Monday 10 December 2012

Tahniah Acu. ! :)

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh... :)

sihat semua??
InsyaAllah.. semoga kita semua sentiasa dibawah jagaanNYA selalu.
amin. :)

lepas subuh kelmarin dapat panggilan daripada Acu..
ada berita gembira katanya...
dia berjaya dalam interview SPA tempoh hari.. !
wahhh...alhamdulillah.. syukur ya Allah.. :)

nahhhhh... aku bagi ballons kat hang...! hee.



aku tumpang happy dengan berita inii..
makna kata bulan lepas aku dapat berita gembira daripada Hang Jebat,
bulan nie daripada Acu...
weee.... alhamdulillah. rezeki masing2. :)

dengan Acu..

sebelum dia pi interview aku punya sakan duk berceramah agama tips2 interview..
yalaahhhh.. aku pernah jugak pi interview SPA nie.
tapi xdak rezeki kot belah tu... belah lainnn.. :)

mulalah terimbau kenangan aku interview dulu.
aku ingat lagii...
waktu tu aku baru ja masuk PSA.
lepas tu dapat panggilan temuduga untuk jawatan MA,pembantu makmal,persekitaran, satu lagi farmasi kot..
hati aku berbelah bagi nak pi interview ka dak.
sebab aku la ni memang dalam kos yang aku mintak dan dapattttttttttt... :)
sayang puloppp nak tinggaiiii..

lagipun waktu tu aku di provoke oleh kawan2 jangan tinggai depa kat sana...
memasing buat ayat sedih.
hahahhahahahaha...
bila ingat balik lawak lah puloppppp...
haiyaaaaa...

aku buat keputusan balik ja Kedah.
pi ja interview tu. xrugi apapun..
so, dengan hati yang xmau..
aku tempuhi jugak interview tu dengan 'halai balai'
pakai redah ja.
mau xmau ja...

bila balik poly roomate aku pulak si Athira Sofian dapat jugak panggilan temuduga untuk bahagian farmasi...
aku apa lagiiii... bagi habeh segala maklumat2 yang aku ada kat dia..

last2 sekali keluaq keputusan mengatakan aku "XBERJAYA'..
heeee... aku xtau apa perasaan aku waktu ni.
nak kata aku happy??
ya jugak sebab aku xmau dulu. ngehngehngeh...
xhappy???
ya lahhh jugakkk.. sebab pikiaq2 balik pasaipa aku xbuat elok2 interview haritu??
pasaipa...pasaipaaa... kalau...kalauu..
heheheehhe...

dan yang paling best orang yang aku bagi tips sakan tu yang dapattttt...
kwanggg. kwangggg... kwangggg....

tapi xpa... benda dah lepasss....
jangan pernah kata "tapi" ,"kalau"
macam kita ni xredha pulak dengan apa yang telah ditentukan buat kita.
jangannn... Allah xsuka..
kembalilah kepada niat kita semula.
ya dakkkkk...
betuikan balik apa yang telah terkhilaf...
lagipun hari tu hang xmau sangat kan Nurhafizah???
haaa... kan dah dapat. syukurlah.. :)

dannnnnnnnnnn...
pejam celik.. pejam celik...
aku dah masuk semester akhir dahhhh dekat Shah Alam nie....
moga2 dipermudahkan segala urusan aku.
dalam apa jua sekali pun.

sekali lagi tahniah Acu...! 
:)
citttttttttttttttttttttttttttttt.... shiuuuuuuuuuuuuuuu...boommmmmm... boooooooooommmm... !
*bunyi mercun  ngan bunga api ni... ..
hahahahaha...


k bye!

*xla rumah aku didominasi oleh "budak2 karan"..
ada lah jugak wakil jadi nurse... hahaha..
tapi aku xcaya sungguh Acu yang "awang mat" tu jadi nurse..
percaya lah Nurhafizah... percayalah.... *tepuk2 pipi..

~LOTS OF LOVE~

Sunday 9 December 2012

CeriTa SemaLam..

Assalamualaikum...
haiii.. haii.. haiii..
k bye.. !
*eh??

heheheheheh...
dak aihhhh..
melawak sikit ja ponggggg..

harini nak cerita pasai semalam punya ceritaa....
aku pi tengok bola semalam.
Piala Emas Raja2 tuu..
haaa... hat tu lahhh..


Kedah vs Terengganu..
xplan pon nak pi tengokk...



tapi tetiba abang ipaq aku kata,
"jum pi tengok bola??? lama xtengok."
aku pon iya kan aje lahhh...

kami pi lepas solat maghrib dah.
lepas tu rushing dari SP ke Aloq Setaq..
derrr... hang bawak qeta macam *&%$#@!
haishhhh..
punya takot xdan..
haiyaaa...

sampai dekat 8:15 malam dah..
bagi aku semalam aku pi tengok bola depa main macam ala2 pi berkelah jugak la...
mau xberkelahhh...
perut aku sampai kembung,punya duk makan angin.
gol xboh2 pongggg....
tengok sambil makan koci + ayaq.
xberkelah ka tu???

aku xdak semangat langsung tengok depa main.
kalau lagu tu punya main la...
separuh masa pertama buleh lagi layan pi...
masuk separuh masa kedua dak dah la...
keja duk tengok bola ja sat pi sana sa pi sini..

serius aku cakap.
depa main xdak semangat langsung...
banyak didominasi pihak lawan..
derrrr....
abang ipaq aku kata,
"xpa lahhh... tengok bebudak bawah umuq main... layan pi la sat"

balik dalam keadaan xbest bila tengok depa main macam tu.
pendapat aku, *ni pendapat aku, toksah duk kacau. masing2 ada pendapat.
ambik dari segi positif.
sentiasa lah ambik kesempatan nak try boh gol.
xkisah la macam mana sekali pon.
xtry macam mana nak tau.
ni bila dapat bola hangpa keja nak gelintir ja bola tu...
sampai depan pintu gol hat senang pon kalau xtry, mana nak pi tau???
xkan nak main macam tu sampai kesutttttttttttt..
kamooonnn lahhh...

mangkit ceq oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii mangkit.....!
dok qhalit xhabeh2.
dapat bola nak main sorang2 pulop?????
derrrrrrrrrr... kawan2 hang qamai duk tunggu nu???
haishhhhhhhh.... panas aku aih.
xpaaaa.. atoq strategi cantik2 lagi...

semalam sampai aku tersokong Ganu lah pulop duk suruh boh gol...
puaih hati aku kalau tengok depa punya main.
ceit.

apapun Kedah!
kamooooooooonnn...!
toksah duk dalam zon selesa sangat.
qhalit sikit habeh laa....

terbang lah tinggi2 sang kenari... :)

nahhhhh... nyanyi dulu seround..!
ngehngehngehhh... :P

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharung negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku

haaa.. lagi satu aku ada terperasan ...
ce tengokkkkk...


ada terperasan apapa x???
apa??
apa???
jersey depa tuleh jawiiiiiiiiii....
heeeee...
punya sakan aku dok perembang biji mata kat atas padang  tuuu..
sampai terteleng2 kepala aku ni haaaa..
gambaq dekat hat ni kaaaa..... heheheheh....
ingatkan tulis apa..
sepanyol ka... *bajet pandai sepanyol. padahai apapun tarakkkk...
german kaa....
Jawi rupanyaaaaa... aku bangga sat.

k bye..!

*aku rindu nak tengok geng2 Meen , Badrol main.
haihhh.
ey Meen,Badrol malam ni main sungguh2 untuk Malaysia vs Thailand..
*kalau hangpa main laa..
geng2 lain pun.. safiq rahim,Mahali,Kuna... semua lah..
chaiyokkkkkkkkkkkk...! :)


~LOTS OF LOVE~



Wednesday 5 December 2012

balik kampunggggg....

Assalamualaikum warahmatullah..
hye sayangs sekalian.. :)

ada baik ka???
sihat???
iman semakin mantap??
sama2 lah kita baiki apa yang kurang dan tingkatkan apa yang di takuk lamaaa...........
*ehh.. macam ustazah pulak.
hee..

xpa... saling mengingat..
kannnn.. :)

rasa macam dah lama aku xmenjengok blog aku nie...
sihat kah dia...
yalahhhh... mummy xdannn nak menjengok nakk...
*aiseyyymennnn... mummy2 bagai.. gilo??? (tutup mulut)

lagi punn... bila aku buka ja nak buat new post,
aku tercengang.. xtau nak buat post apa.
nak cerita pasai apa...
padahal tadi berkobar2 nak menaip post baru...

aku kat kampung la ni...
cuti semester..
ada lah dekat 3 minggu jugak la...
aku balik selalu ada adik aku kat rumah.
aku dok bajet dia duk poly, aku dok poly, so cuti pongggg samaaaaaaaaaaaa...
ohhhhh.. rupa2nya tidak sama sekali.....
aku sempat jumpa dia 2,3 hari macam tu ja kot.
sebab dia kena balik pi poly dia sebab ada nak settle pasai budak2 junior nak masuk xlama dah nie...


sehari before Acu balik poly dia...

alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... 
sunyi lah aku kat rumah sebenauuuunyaaa...
nasib baik lah aku bawak balik si Anis anak Hang Tuah sekali aku..
kalau idakkk mati kutu lah ak sensorang tiada berteman....
*coihhhhhh... ayat.. sastera sasteriii..

xdak mendeeee nak buat.
kawan aku kata. "mende" hokayyy???
hahahaha..
hilang teruih keceriaan aku acu xdak.
*punggahhhh.. acu tengok ni mau dia qenyih sampai telinga baq hanggg...

nasib ada anis... 
boleh la modai aku nak menyembang merapu ngan dia sementara nak tidoq malam..
sembang muhong2 ngan dia.
duk umah aku jadi doktot peribadi ayah aku.
*doktot hokayyyyyyyy.. hahaha. bukan doktor.
pepagi,petang,malam aku cuci kaki dia yang luka tu..
peringat makan ubat...
mak pulak, lepas ja dia makan tengahari ngan malam aku bancuh susu bagi dia minum...
*bagi minum susu yanie nihhh.. eh??? hahaha.

habeh boring aku baca novel yang berlambak2 Hang Jebat bagi kat aku tu...
(actually aku terkejut Jebat bagi novel berlambak2 kat aku... nanti aku cerita post lain)
novel yang dah baca ponggggg aku baca sekali lagi...
apa punya turrrr lahhh..
nampakkk... nampakkkk...
lepas tu???
nak online pon macam nak termuntah bagai dah... xdak mendeeeeee... haha.
serius aku cakap hangggg....
aku pikiaq banyak kali ooo nak online....
xdak selera...
ni semua gara2 acuuu...
*ehhh???

xbuat benda2 kat atas, aku on laptop tengok pulak movie hat berlambak2 dalam laptop ni...
at the end of the story, aku cakap "ceqita ntah apapa... haihhh"
pulak dahhhhhh..
dah boring dengan semua2, aku keluaq pulak pi ruang tamu,menyembang ngan mak ayah aku...
dak pun aku pi dapoq.. sajaaa.... buka tutup.. buka tutup peti ais hat xbersalah tu...
aku pon xtau la apa dosa dia kat aku...
mesti dia penat dah asyik kena buka tutup ja...

Jannah ada tanya aku haritu.
"habih dah ka kawan2 hang kat kampung tu???"
nahaiiiiiiiiiiiiiiiiii...
memang pun Jannah oiiiiii....
kawan2 aku pakat jodoh awai...
mana nak ada kat kampung dahhh... disisi suami lah derr...
kalau hat xkawen pon masing2 belajaq cuti manaaaaa sama....

ada kelmarin,
aku terlupa yang Pariza dah nikah...
aku duk terjengoi2 la kepala depan umah tuuu,
kot dia duk ada..
nak panggil la... balik cuti2 ni nak melepas rindu la ngan kawan2..
besa laaa... rutin harian kami kottt....
*duluuuu laa... sebelum dia jadi milik suami dia.
lepas tu aku message lah dia..
A : "hang ado mano ceq??? sibuk ka??"
P : "aku kat rumah mak mentua aku, ada keja sikit.. sorry weii"

lepas tu dan2 aku teringat..
yalahhhhhhhhhhhhh.. dia dah ada tanggungjawab lahh...
awat lah aku lupaa...
masyaallah...
lepas tu sedih sensorang. sob. sob.. sob...

Nurhafizah... Nurhafizahhh...
awat lupa....
relax lahhh..
pi dapoq menyembang lagi ngan mak aku..
sekali ngan anis duk kat bilik aku panggil mai menyembang sekali...
apa yang disembang pon aku xtau laaaa...
hehehehee...

aku pon tengok member aku cikin dah ada bunga2 bahagia..
seronok aku nengok nya yaaa...
hehhehehe...
Jannah pun sorang lagi...
xhabeh2 dengan status bunga2 sakura dia...
lahaiiii....
lepas ni xlambat pulak aku pi makan kenduri JOHOR ngan ALOQ SETAQ  pulak laaa nohhh...
hahahah..
kann?? kan?? kan?? :P

aku rasa aku dah melalut cerita apa ntah bagai nie...
sebenaqnya tadi aku nak taip pasai Acu xdak kat umah ja. 
sunyiiii...
la ni sampai ke JOHOR dahhh...
hahahahha...

xpa... even hang xdak ACU..
aku syok dok umah...
hang nak tau sebab apa???
sebab hari2 mak masak sodappppppppppppppppppppppp....
weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...
aku syok... aku syok.. aku syokkkkkkkkkkkk....

dah2... esok nak mangkit awai cuci kaki ayah aku.
K bye.... !

~LOTS OF LOVE~







Tuesday 27 November 2012

terharu..

Assalamualaikum warahmatullah..

aku terharu bila mana 
ayah dan abang2 aku mencium kepala,ubun2 aku,
dengan penuh kasih sayang...
alahaiiii....
sobb. sobb. sobb.. :')

Ya Allah..
kau sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi aku..
Amin.

comel ja anak kucing ni cium mak diaa.... hehe..

k bai.

~LOTS OF LOVE~

Friday 16 November 2012

Kayap????

Assalamualaikum...
:)
sihat semua???
asal aku post ja mesti aku tanya sihat ka dak kan???
bukan ada sapa nak jawab ponggg...
sobb.. sobb.. :'(

tapi xpa lah...
bantai ja laa...

baru2 ni waktu raya haji haritu aku telah dijangkiti dengan satu virus...
lahaiiiiii...
KAYAP.
tau apa tu kayap??
aku pon xtau sebenaqnya.
tapi bila dah kena virus tu confirm2 lah aku tauuu..!
so la ni aku nak kongsi pengalaman aku ngan hangpa semua.
*cehhhhhh.. macam nak kongsi pengalaman pi makan angin jaa... haha.

apa perasaan bila kena virus tu??
masyaAllah... sakit ohoiii!
even aku kena xteruk sangat macam orang2 lain duk kena tu..
tapi......
Allah ja yang tau apa yang aku tanggung waktu tu.

kata seorang ustaz,
sakit kayap ni sakitnya macam kena cebisan abu api neraka..
Allahuakbar. sakit mcm tu dah xtertanggung..
apatah lagi dalam neraka Allah sana??
Nauzubillah...
Astaghfirullahaladzim..

aku rasa lah kan sebab virus ni boleh terrrrrkeluaq dari badan aku ni sebab waktu aku balik raya haji tempoh hari, bas aku naik tu xdak aircond.
hangpa semua bayangkan perjalanan aku yang jauh tu.
macam duk dalam sauna sepanjang jalan...
berpeluh2. keadaan sangat xselesa.
sabaqqq jaa..
dengan keadaan seat yang berapa ramai insan dah pernah duduk ditempat yang sama...

sampai ja kampung terus aku mandi...
duk esok tu aku rasa sangat sakit dekat peha aku.
rasa macam kena cucuk2.
panasssss...
xboleh tidoq malammm kotttt...
dengan demam bagaiii..
dengan gatal lagi.
bila aku tengok xdak apapun.

aku cakap kat mak aku yang aku sakit sangat dekat peha.
mak tengok xdak apapun dapat dikenalpasti.
aku cakap kat mak aku ni terkena buatan orang ka??
hahahahahaha... *sampai macam tu sekali lah.
apaaaaaaaaa pon xboleh belah. ish3...

 dua hari lepas tu,
pagi raya aku nak mandi,
aku tengok peha aku dah merah2..
aku okay lagi.
bila terasa sakit sangat aku mesti tengok.
last2 sekali tengok dah naik biji2 gelembung ada cecair.
bertompok2 banyak tempat.

cakap kat mak.
mak tengok lagi.
mak cakap ni KAYAP ni........!
cepat2 mak cakap kat ayah.
lepas tu ajak aku pi hospital.
aku xmau.
lepas tu ajak pi rumah ustaz.
nak mintak ayaq penawaq. *air penawar
aku xmau jugak

jenoh la aku nak piiii...
maluuuuuuuuuuuuuuu....
dah la kat peha.
mak cakap bukan nak tunjuk kat dia. 
pi ambik ayaq penawaq ja pon.
sampai ke sudah xpi. hospital pon xpi.
paksa pi lah macam mana pon.
*ketegaq. haishhhhh..
mak aku letak daun delima dengan bedak sejuk.
*daun delima tu kokceh aka Hang Lekir yang pi cari malam2.
sooooooooo.. sweet.. hahaha.

lepas tu aku balik mai Shah Alam.
aku pi ambik ubat kat klinik politeknik ja.
MA: sakit apa?
A: kayap..
MA: hah??? kayap??? haishhh... ubat apa nak bagi ni..
A: ................................
MA: kalau kayap,pi jumpa bomoh2 ja baru sembuh.. ludah2.
A: ludah2?? haaaa.. memanggggg... *dalam hati : euuuuuuuuuwwwwwwww.
MA: sat. nak call member. *tanya member kalau kayap nak bagi ubat apa.
A: *MA dah habeh cakap kat tepon. sapa tu??
MA: member. dia doktor.

lepas tu dia bagi becarin cream kat aku.
dia tanya nak ubat demam ngan tahan sakit x dekat aku.
then aku jawab xmauuuuuuuuuuu... dah berlambak dalam bilik.
muehehehehehe..

mulanya Hang Tuah ja tau.
lepas tu Hang Jebat pulak tau...!
ohhhh em geeee...

hang ingat dia nak duk diam saja ka NURHAFIZAH????
tidakkkk. tidakkk tidakkk sama sekalii..
waktu aku balik umah Jebat,
malam tu jugak dia bawak aku pi jumpa doktor pakar kulit..!
phewwwwwwwwwww...

dia cakap kat aku:

J: jum pi klinik.
A: buat apa?? nanti legaaaa la niee...
J: tarak lega aihhh.. virus.
A: kalau kena cucuk macam mana???
J: cucuk ja la...
A:  .........................................
*lepas tu siap2 nak kena pi klinik. sat lagi kena bebel.
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~~

*sampai depan klinik.
KLINIK PARAM DAN SURGERI
PAKAR KULIT etc.
A: Dr.Param ni laki ka pompuan??
J: laki kottt... nama pon Param.
A: xdak Dr pompuan ka???
J: area sini memang xdak. Dr. pompuan yang pakar sakit kulit susah nak cari.. tau dak sebab apa??
A: sebab pompuan. penggeli. susah nak cari hati yang betui2 tough.
J: haaaa...... tau ponggg..  jum lah masuk sini.

masuk klinik. sampai turn aku dipanggil masuk
*aku heret Jebat masuk sekali.
sebelum masuk aku duk bayang doktor tu seorang yang tuaaaaa dah.
tapiiiiiiiiiii... wow.....! muda lagi. macam Salman Khan bhaiiii.....
badan tegapnya. hensem.
*lepas tu aku mula gelabah. macam mana ni kalau dia nak tengokkkkkkkk...aaaiyarkkkkkkk..
aku pandang Jebat. Jebat pandang aku. hailaaa...

Dr: sakit apa?
A: kayap.
Dr: wow.... you pandai diagnosis dah yang you sakit apa.. *senyummm..
A: dah pi klinik la sebelum ni.. tapi xsembuh. maybe xsesuai.
Dr: dia bagi ubat apa ja dekat you?
A: just a  becarin cream. 
Dr: boleh I tengok??
*aku dah menggelabah. aku pandang Jebat. Jebat angguk.
aku pujuk hati kata xpa... darurat. sakit. nak mengubat.
dia hanya nak tengok keadaan baru tau nak bagi ubat macam mana..

lepas tu aku tunjuk.
tapi xsemua. sikittttttttttttt ja.
aku maluuuuuuuuuuuuuu sangat waktu tu.

Dr: dah berapa lama??
A: dah 2 minggu.. *sambil turunkan semula kaki seluar.
Dr: whatttt??? dua minggu?? kenapa baru datang?
      kenapa xdatang selepas dua bulan??
A: kan dah cakap tadi..... dah pegi klinikkkkkkkkkk sebelum ni.... =_="
Dr: angkat semula. I nak tengok. *sambil tengok.
      kena dekat bahagian belakang x?? 
A: x. xdeeeeeeee...
Dr: nasib baik.. pernah ada seorang mak cik tu dia jadi kayap dekat bahagian bawah dada.sampai xboleh  bernafas.dah teruk sangat dah. kesian dia. kayap kena cepat berubat.
Dr: you sakit x?? 
A: sakitttttttttttt... ada sampai tahap the whole night I xboleh tido. sebab sakit sangat.
Dr: sampai macam tu sekali...... *muka simpati

                                                  tetiba Jebat mencelah.

J: macam mana kita nak tau yang kita kena kayap??
Dr: sakit. sakit sangat.
J: ada ubat nak mengubati dia?? lepas berubat dia hilang??
Dr : ada. cuma ubat tu sekadar merawat. virus ni memang ada dalam badan kita. dia daripada keluarga chicken pop,cacar air.. bila sampai satu tahap virus ni xtahan dalam badan kita, maka dia akan keluar.
maybe sekarang dah sembuh. tapi 5,6 tahun akan datang mungkin dia akan menyerang balik.
J & A: ohhhhhhhhhhhhhhhhh...
Dr: nasib baik you kena xteruk.
J: dia berjangkit x??
Dr: x. virus ni xberjangkit. *senyum.
      ok.. xpa. jangan risau. I akan bagi U ubat yang terbaik.
      U kena makan ikut jam. xboleh skip.
A: ok.. xdak apa dah kan? pesan2?? *angkat kening
Dr: yee.. xde apa dah. *senyum lagi
J: thanks doc. :)

hangpa nak tau dia bagi ubat apa dekat aku???
nidddddddddddddddiiiiiiiiiiiiaaaaaaaaaaaaaaaa...


dia bagi ubat sakit,sakit sangat,vitamin,sejenis cream dannnnnnnnnnn....


tadaaaaaaaaaaaaaaa.... ANTIVIRUS lah der...
ingat laptop bagai ja ada antivirus???
aku pongg ada lahhh.. 
muehehehehehhe...

dah nama pon PAKAR kan....
ubat sikit ni pon melambung harga.
A: membazir. kenapa kena jumpa pakar. mahaiiiiiiiiiiiiiiii..
J: kan nak sembuhhhh.. kita cari yang terbaik. kena jumpa lah pakar dia sendiriii... *senyum.
A: yalahhhhhh.. *dalam hati touching ngan kasih sayang Jebat. waaaaaaaaa... :'(

esok tu pulak dia nak bawak aku pi Darussyifa' kat Bangi.
alahhh.. yang Ustaz Haron Din tu.
alang2 nak pi sana dah. dia nak bawak aku.
tapi aku xmau pi.
*aku teringat peristiwa semalam waktu jumpa Dr. sat lagi maluuuuu...
padahal ada ustazah lah yang tolong ubatkan.

tengok2 Jebat bawak balik ayaq penawaq ni kat aku.


hohohohohooo...
lepas tu Hang Tuah mai melawat aku kat rumah Jebat.
hagpa nak tau dia bawak apa kat aku??? niee....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.

..
.
.
.
.


daun bunga melur dengan bedak sejukkkkk...
tradisional punyaaa...

ohohohohoho...
aku terharu.

Alhamdulillah. aku beransur pulih.
aku xtau mana satu ketiga2 jenis perubatan diatas yang memberi effect.
tapi segala-galanya sembuh di atas izin Allah SWT.
Ubat2 tu hanya ikhtiar. :)
selebihnya Allah..
Alhamdulilah Ya Allah..

pesanan aku kat sini.
sakit apa lah sekali pon, jumpa doktor.
berubatlah. merawat lah.
xdak sakit dalam dunia ni yang xdak ubat selain mati.
berikhtiar setakat mana yang kita mampu.
selebihnya serah pada Allah.
jangan jadi macam aku. hehehe.
penakottttttt lahai nak makan ubat pongg...
*ehhh.. bukan takot. aku xmau ubat duk dalam badan aku lelama. =_="

p/s: kalau doktor yang merawat aku tu islam, lepas ja dia tengok kayap aku tu,aku rasa macam nak pi cekak ja kolar baju dia nak paksa suruh dia kawen ngan aku. maluuuuuuuuuuuuu lah aku. dia tengok peha aku. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. :'( aku xmau pi dah hospital doktor laki. 
even dia non muslim,sampai la,bila aku ingat,aku maluuuu... 
padahal la ni dia dah xingat dah pon aku pesakit dia yang mana satu. =_="
aku harap aku xkan berjumpa dah dengan doktor tu.


~LOTS OF LOVE~













Thursday 15 November 2012

xmau?

Assalamualaikum Warahmatullah.

abang? 
eh.
ehem. adik kakak m.cik m.long m.ngah m.teh dsb.
xmau bagi kata-kata semangat ka kat eja?
eja nak final exam dah Sabtu ni...
:)

k bye.

* i miss you
rindu. tolong pi main jauh2.

~LOTS OF LOVE~

Tuesday 13 November 2012

Moga "Sinar" diberi kepada mu. :)

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum...

la ni aku teringat satu peristiwa waktu aku pi giant.
aku dah lupa bila.
tapi dalam bulan ni jugak kot.
kott..
maap lah. aku pelupa orangnyaa..

waktu aku nak balik dari giant tu,
aku,Yani,Syira naik teksi nak balik ke poli.
aku didepan.
Yani Syira ofkos lah dibelakang.
xkan nak bersosak tigatiga kami kat depan???
muehehehehheehe... :P

pemandu tu Indian.
dalam perjalanan tu uncle tu beramah mesra dengan kami.

Uncle:sapa duk tepi saya jadi kawan saya. 
Aku: heee.. *senyum
Uncle: hujan ja selalu sekarang ni.
Aku: yalahh uncle. baju basuh xdan nak keringgg..
Uncle: takut saya.. takut banjir.
Aku: kannnnn... *iyaaaa kan je lah..

suasana senyap tetiba.
tetiba uncle tu bersuara lagi.

Uncle: saya banyak jahatt...
Aku: ohhhhhh... haaa... * aku ingatkan dia cakap area situ banyak orang jahat.
Uncle: saya ini banyak jahat...
Aku: hah???? *mula gelabah. apa dia nak buat ni.

Yani ngan Syira kat belakang dah pikiaq lain.

Uncle: saya rasa kalau macam saya, saya mau bawak kamu pigi jalan2. bawak pigi makan2.tapi saya dah ada anak sebaya dengan kamu.
Aku: hahahahaha..pura2 gelak sedapkan hati. 
*dah bersiap sedia tangan aku kalau apapa jadi. (pikiaq jauuhhhhhhhhhh)
Uncle: saya suka pompuan Melayu.
Aku: *gulp.
Uncle: tau sebab apa saya suka pompuan Melayu?? sebab pompuan Melayu ni sopan sangat. bertudung. menutup aurat. lemah lembut. cakap tu nada sopan.bangsa lain pun sopan. tapi pompuan Melayu ni lebih terserlah.mungkin sebab pegangan agama you orang. berpegang pada itu.. apa... solat 5 waktu. berpuasa. haji. agama yang kuat you orang pegang.
Aku: *dalam hati kagum dengan uncle ni. dia tau cakap solat 5 waktu bagai.
Uncle: satu hari nanti saya mau jugak dapatkan pompuan Melayu. saya suka. bukan saya saja yang suka. tanya lah kawan2 saya non Muslim yang lain. diorang pon sukaa pompuan Islam Melayu..
Aku,Yani,Syira : ..................................................
Uncle: saya selalu tengok itu apa rancangan... kat tv.. ustaz2..
Aku: hah. ustaz2?? tanyalah Ustaz kot???
Uncle: haaa... yalahhhh... saya suka tengok. dalam rancangan tu dia cerita macam2.
Aku: ohhhhhhhhhh...
Uncle: tapi satu ja. agama kamu ni suka meninggi-ninggi kan agama kamu. dan merendah2 kan agama yang lain. minta maaf saya cakap.
Aku: hah???? uncleeeeeeee........buk......   *dia potong cakap aku.
Uncle: yaaa... saya nampak tu. bla.. bla... bla... bla....
*xpa.... aku bagi peluang dia nak cakap.
Aku: uncle. bukan lah uncle. setiap agama tu mesti akan memartabatkan agama memasing. xsemua yang uncle cakap tu betul. setiap agama ada kepercayaan masing2.
Uncle: x... ini saya lihat sendiri. saya suka berhenti kalau ada ceramah dekat masjid2. dengar apa yang dicakap.
Aku: maybe uncle salah paham. uncle.... *dia potong lagi cakap aku.

Yani ngan Syira xtau nak balas apa dah.

last sekali sampai poli.
aku keluarkan duit tambang.
Yani ngan Syira dah nak turun.

Aku: terima kasih uncle. saya mintak maaf kalau cakap silap.
Uncle: saya pon.. saya minta maaf. saya hanya cakap apa yang saya rasa.
Aku: ya uncle. xpa. terima kasih atas perkongsian. jumpa lagi.

bagi aku lah kann...
mungkin uncle ni dia salah paham.
dia tersilap dengaq.
tersalah tafsir makna yang nak disampaikan.
memang setiap agama berpegang tinggi pada ajaran.
mengangkat darjat agama masing2.
dia xtau apa sebenarnya yang terdapat dalam keindahan Islam kita.
sebab dia xberada dalam keindahan kita sendiri..

sambil berjalan menuju ke asrama...
aku berdoa moga ALLAH SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada uncle ni.
InsyaAllah. :)
sama2 lah kita berdoa.
lagipun dia suka tengok ceramah2 agama kita..
Ameen.
"untuk kamu agama kamu, untuk aku agama ku"

maal salamah.

~LOTS OF LOVE~

Monday 12 November 2012

Selamat Pengantin Baru Teman! :)

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum Warahmatullah..

hangpa semua sihat??
aku sihat.. :)

10 haribulan 11 baru ni kawan aku,
teman aku,
kawan dari aku kecik tu telah selamat diijab kabulkan.
alhamdulillah. :)
alahhh... syafariza..
yang duk dekat rumah aku tu..
dah xingat lah tuuu..
ce tengok older post. :)


dia pesan kat aku,
dia nak aku balik kampung bila hari pernikahan dia.
tapi aku xbalik.
aku dah cakap kat dia aku dah nak final exam.
dia paham.
tapi majlis walimah dia nanti aku wajib ada.
InsyaAllah. aku ada nanti kawan! :)

aku xcalled pon pada hari kejadian tu ucap tahniah kat dia.
duk esok pagi tu aku call.
rupa2nya dia memang tunggu call dari aku nak ucap tahniah kat dia.
dia tanya aku "awat xtepon kemarin???"
aku kata sajaaaaaaa...

padahal...
ohhhhh....
aku sedih.
aku sedih sebab dia sorang ja kawan aku dari kecik yang still dengan aku sampai la ni.
tetiba nanti aku balik,
mesti aku cari dia.
dan waktu tu aku akan terlupa bahawa dia dah xdak kat rumah.
sudah semestinya mengikut suami.
tempat seorang isteri adalah disisi suami. :)

so dah xdak kawan yang nak berborak ngan aku.
hang keloi aku,
aku keloi hang kat depan pintu rumah tu..
ohhh... ohhh...
mungkin.. mungkin..

tapi apapun aku sangat bergembira dengan pernikahan dia even sedih.
sedih aku tu tauk tepi dulu. *tauk = buang
happy aku lagi banyakkkkkkkkkkk. :)
sebab???

1) sebab aku seronok sangat kawan aku ni dah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya.
2) dah ada pengganti "penjaga" daripada mak ayahnya.
3) dah bertambah orang yang disayangi.
4) dah mula tanggungjawab sebagai seorang isteri.

disini... sebagai sorang kawan.
kita membesaq sesama dari kecik.
ingin aku mengucapkan :

1) terima kasih yang xterhingga sebab hang dah jadi kawan aku hat palinggggg best!
2) dah mula satu tanggungjawab baru yang perlu hang galas. 
     aku doakan hang berbahagia hingga ke Jannah Allah.
3) ingat. tempat seorang isteri adalah disisi suami.. :)
4) menjadi isteri yang solehah adalah impian kita.
5) hang jangan lah lupa aku.... wuuu.wuuu.wuu  *sedih sat.
6) dan aku akan simpan setiap kenangan kita bersama.
7) akhir sekaliiiiiiiiiiiiiii... AKU SAYANG HANG! yeah. aku pasti.jangan risau. hehehe.

BARAKALLAHULAKUMA...........!
:)

ni gambaq waktu dia bertunang bulan 5 haritu.
gambaq dia nikah aku xdakkkk.. dop kelik kapung deh. 

*insyaAllah. walimah hang bulan 12 nanti aku ada kat kampung. :)

k bye!

~LOTS OF LOVE~


Saturday 10 November 2012

JaGa Dia..

Bismillahirahmanirahim..

Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim...
aku mohon..
Kau peliharalah dia, 
sepertimana Kau memelihara aku.
Jagalah dia Ya Allah..
sembuhkanlah ujian "kasih sayang" yang telah KAU berikan kepada dia.
segalanya atas keizinan MU Ya Allah..
Amin. 

~LOTS OF LOVE~

Thursday 8 November 2012

apa habaq?? :)

Assalamualaikum... :)
ada baik ka??
baikk2 noh..
baguih la.
alhamdulillah...

sebenaqnya aku nak update pasai apa xtau tadi???
=_="
punggahhhhhhhhhhh...
pasai ayaq ka?
bukan...
lapaq?
bukan,.. bukann...
*mata duk klip pop klip pop punya duk ingat..

haishhh...
biaq pi lah dulu sat.
lupa habeh dah aih..
tadi waktu aku mandi,
waktu tu lah idea keluaq mencurah2 macam ayaq shower hat duk turunggggg atas kepala aku tuu..
la ni hilang habeh.
xpa. minum ayaq milo dulu..
*slurpppp.. slurppp.. 
?????
(minom ayaq milo lahhhh)
haha.
tu pon xtau ka...

aku selalu macam ni..
sebelum nak menaip tu idea mencurah2.
bila buka nak menaip??
terbang habeh apa dia xtau nak taip tadi.
dah tu tutuppppppppppp lah balik.
sadis sungguh.
sabaq ja la.


esok2 aku ingat.
aku menaip lain lah naaa...
aku rasa macam mata berat lah pulak la ni...
mengantokkk...
besa lah... malam sejuk2 nie...
hujan pulakk...
syok oooo tidoq...
xpa lah. roomate aku pon dah lama dibuai mimpi.
aku pon tercabaq jugak tengok dia tidoq sedap kemainnnnn lagi.
aku pi dulu nahhh...
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~

k bye!

~LOTS OF LOVE~