Friday 22 March 2013

Detik Dihati..

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..

hari ini hari Jumaat.
hari yang penuh barakah.
hari yang ditunggu.

 dan aku nak berkongsi sedikit kisah,
semalam sewaktu solat zohor, 
hati aku terdetik dengan satu permintaan,
dannnnnnnnnnnnnnnn hari ini pada hari Jumaat,
 penghulu segala hari ini,
dikala waktu solat subuh,
 DIA telah memakbulkan permintaan aku.


Allah..
secepat itu.
itu baru terdetik.

Terima Kasih Ya Allah.. :')
Terima Kasih..

moga aku akan terus mengingatiMU.
peluklah hati aku sentiasa Ya Allah.
:)

aku hanya nak mengingatkan,
juga sebagai peringatan untuk diri aku sendiri.
bahawa jangan pernah berputus asa dengan janji Allah.
janji Allah itu pasti,
cuma lambat atau cepat ja kita akan dapat.
xdapat disini, disana kelak kita akan dapat.
InsyaAllah. :)



~LOTS OF LOVE~

Wednesday 20 March 2013

Pergi Jua..

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum ..

hari ni macam-macam yang jadi.
sambil lalu ja benda nak jadi.
dengan duk terbayang-bayang lagi kak Mas terjatuh depan mata.
nak tau ceritanya??
next entry aku cerita.

dan lebih kurang pukul 10 pagi tadi dapat berita yang menyesakkakn dada.
setiap yang hidup pasti akan merasa mati.
pasti.
begitu jugak dengan aku nanti.
kita semua.
cuma waktu bila,dimana hanya Allah SWT ja yang tau.
bersiap sedialah dengan amalan-amalan yang akan dibawa kesana..

dan kita yang hidup ni mesti teruskan hidup.
kuat dalam menongkah arus dunia.

Mama..
Mama dah pergi tinggalkan dunia yang fana ini buat selama-lamanya..
:'(
Allah lebih sayangkan Mama..

sat ja masa berlalu.
mati ni xkira usia.
tua, muda, baby, xdapat dijangka rezeki hidupnya.

xakan terdengar lagi suara Mama menegur anak-anak yang dikasihinya disini.
xkan terlihat lagi senyuman manis,indah penuh mesra dari Mama.
xakan pernah ada lagi nasihat dan pandangan keibuan daripada Mama yang boleh ditatap.
semuanya. ya . semuaaanya...

terima kasih Ya Allah kerana memberi masa yang sedikit ini,
 untuk diri aku mengenali seorang ibu yang penyayang.
seorang ibu yang sungguh berkompromi dalam melayan anak-anak dia disini.
hilang satu permata yang sangat berharga.
seorang ibu yang baik hati.

Mama...
selamat jalan.
moga Mama tenang disana.
Moga Mama ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,
disisiNYA.

takziah buat keluarga Mama..
kuatkan semangat..

Al-Fatihah...



~LOTS OF LOVE~

Kuatkan Mama.. :')

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum semua.. :)

petang kelmarin aku dan kawan-kawan ke Hospital Sg.Buloh,
melawat seorang warden asrama yang dikasihi.
yang telah ditimpa satu musibah,
yang telah diuji dengan satu ujian kasih sayang daripadaNYA.

Mama..
yang kini sedang dirawat di ICU.
dan berada dalam keadaan koma.

sebak menguasai hati apabila melihat keadaan Mama.
hati tersentuh,terusik..
Even xrapat,tapi bila mengenangkan seorang ibu terlantar sebegitu,
hati anak mana yang xtersentuh?
hati anak mana yang xhiba???
hati insan mana yang xgoyah???
Allah...

buat kawan-kawan yang sedang membaca blog aku ini,
aku mohon tolonglah mendoakan Mama. 
aku merayu. :'(

marilah kita sama-sama mendoakan Mama.

Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim..
Kau kuatkanlah Mama..
Kau mudahkan lah Mama untuk melepasi tahap kritikal ini..
Kau kasihani lah Mama yang penyayang ini..
Kau kasihani lah Mama yang pengasih ini..
Kau kasihani lah Mama yang baik hati ini...
Kau kasihani lah Mama seorang ibu kepada ramai anaknya disini..
Kau sembuhkan lah Mama kembali Ya Allah..
Kau pulangkan lah kembali kesihatan Mama seperti sediakala.
kami rindu untuk melihat senyuman manis Mama.
:'(
kami rindu untuk melihat Mama menyapa mesra anak-anaknya disini..
Ya Allah... 
sesungguhnya Kau Maha Mendengar segala rintihan hati kami..
Kau perkenankan lah doa kami..
Kau kabul kan lah doa kami.
jangan Kau kecewakan kami.
kami terima segala kehendakMu.
kami terima segala perancanganMu..
kasihani lah Mama Ya Allah.. 
Kau berikan lah Mama kekuatan yang luar biasa dari segenap penjuru,
untuk melawan sakit yang ditanggung,Ya Allah..
Amin.. Amin.. Amin..Ya Rabbal'alamin..



Maasalamah..!







Monday 18 March 2013

Selamat Ulang Tahun Kelahiran!

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum.. :)

hari nie ulang tahun kelahiran salah seorang sahabat aku disini.
dia sangat baik,
xpernah berkira ngan aku.
xbanyak cakap,
tapi bila mai syeh dia nak bercakap,jenoh tadah telinga lah jawabnya.
hehehheeh...


Nurul Jannah Binti Amran nama diberi.
hari nie cukup lah umuq hang 21 tahun.
dah boleh mengundi dah nieeeeeeeee...
eh?? hahahhaha..
aku memang sengaja xwish kat hang.
sengajaaa sangat.
saja nak jadi hat last and the latest.biaq pi kat aku.

Jannah..
aku senang berkawan dengan hang..
terima kasih sebab sudi jadi kawan aku..
hang dah jadi sebahagian hidup aku kat sini.
dan aku berdoa agar kita semua berjiran di Jannah Allah kelak.
InsyaAllah. :)

Jannah..
doaku agar hang terus kuat menghadapi hidup yang semakin mencabar nie..
istiqomah dalam melakukan kebaikan..
jangan pernah lelah Jannah..
bila aku lupa,tolong ingatkan aku.
kita saling mengingat eh. :)
semoga panjang umuq,murah rezeki dan sentiasa diberkati Allah selalu..

 angin sepoi-sepoi language gituuuu.. kehkeh..

oh yaaa... ! nanti kenduri jangan lupa jemput aku.
hahahaha... :P

nie gambaq kita sem dua. ingat lagi Jannah???

gambaq buat lab ultrasound bersama.. :)

dannn... Jannah..
aku harap hang xkan lupa kami semua bila kita dah berpisah nanti.
friends forever ok???
:)


I Love You!

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Sayangggg... :)

~LOTS OF LOVE~


Monday 11 March 2013

short update! :)

Assalamualaikum warahmatullah sayang-sayangku semuaaaa... :)
heyy... rindu semua.
xmau update banyak.
just a lil short update.
sekadar melepaskan rindu.
aku sibuk sangat la nie.
dengan final year project yang so.. sooooo...
maap laa...

Allah...
aku sibuk sangat mengejar kesibukan dunia.
moga aku x melupakan urusan akhirat jugak.
InsyaAllah. Amin.
sama-sama ingatkan aku wei. :)

hangpa semua sihat??
aku sihattttt....
tapi kan wei batuk aku xhilang lah. lama dahhh...
macam mana nak buat ni???
ada apapa petua dak???
share lah...
bukan batuk yang berterusan tu...
batuk yang kekadang mai. kekadang xdak tu.
bila batuk terasa macam ada sesuatu kat tekak.
batuk yang kesat tu...
lahaaiiiii sungguh xselesa.

harini aku xdak kelas pagi selama dua jam.
ohohohohohooo....
dannnnn... semalam aku tidoq xlena.
mata aku pejam,tapi aku xlena.
sampai ke pagi.
paham dak apa yang aku nak sampaikan nie???
kehkehkeh.. hat xpaham tu buat-buat paham dah laaa...
terasa bahang kepanasan sampai ke pagiii...
mungkin ini adalah salah satu petanda akhir zaman???
mungkin. sangat mungkin. 
MasyaAllah....

sedaq-sedaq dah azan subuh.
terus bangun mandi siapkan diri semua.
tup. tup 7.55 pagi dapat message xdak kelas..
ohhhh. apakah???
xkan nak tidoq balik kot???
pakai dak dah laaaa...
sat lagi aku sambung tidoq pakai terbabas la kelas aku harini...

elehhhh.. jangan duk cebik mulut la kat aku,
 kata aku kelas xdak tidoq ja keja aku,
hangpa pun mestiiiiii sama jugak.
life as a student wei. hahahahaha.. kan???
dak?? ok,ok,,, aku ja kaki tidoq la ni.
hangpa dakkkk... -_-"

sementara nak tunggu pukul 10 pagi tu,perut aku meragam pulak.
aku turun pi beli breakfast kat kafe.
maklumlah baru pukul 8suku pagi waktu tu..
suasana lengang. pakat pi kelas habeh..
sunyiii semacam..

aku terasa udara segaqqq sangat.
dengan p.cik m.cik yang dari awai pagi dah mula menjalankan rutin harian mencari rezeki..
menyapu sampah,kutip sampah..
aku rasaa... ohhhhh.... kenapa macam aku xpernah tengok suasana macam ni???
apakah??? dengan bunyi burung berkicauan menyapa mesra.
menyanyi riang ria bersama-sama.
aku rasa tenang. sampai ralit aku punya duk perati depa menjalankan tanggungjawab depa.

gambaq ehsan p.cik google.


mau hang xpernah tengok eja oi...
selalu bangun pagi-pagi siap,teruih rushing pi kelas..
breakfast pun sambil jalan jaa..
apaaaalaaaahhhh...

tapi tu lah kan....
manusia nie, kekadang terlepas pandang untuk benda ni semua.
sampai satu tahap tersedaq sendiri.
atau pun sedaq bila disedaqkan..
kan??
paham dak??
cuba pikiaq.

p.cik google punya jugak.

sampaikan terlupa nak menikmati alam yang sememangnya sangat indah.
yang sudah tersedia didepan mata.
terlupa nak berfikir sejenak tentang kejadian dan keindahan ciptaan Pencipta kita yakni Allah SWT.
kan??
laaa... hangpa dak ka??
xpa... mungkin aku ja kot. :)

k lah. jumpa lagi next entry.
Jaga hati,Jaga iman.
maasalamah..! :)

~LOTS OF LOVE~