Tuesday 14 August 2012

aPa daH JaDi???

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum warahmatullah.. :)

lately nie aku semakin hairan dengan kebadangan tubuh aku.
even luaran aku dah nampak seperti dah sembuh daripada demam.
tapi dalaman tubuh aku terasa sangatttttttt lah lemah.
ya Allah...
hanya Allah je yang tau segalanya.

pagi tadi aku hampir pitam di koridor berhadapan bilik aku. 
tapi aku sempat berpaut pada pintu dan tangan segera mencari kunci dalam beg.
buka terus masuk bilik.
masyaAllah..

apa dah jadi dengan sistem tubuh aku??
aku kerap mengalami sakit kepala serta pening2 macam berpusing2 dalam roller coster.
muntah yang terasa sangat pahit melalui saluran kerongkong aku.
aku teringat pesan mak di kampung,
kalau kita muntah yang terasa sangat pahit, itu bermakna badan kita sangat lemah. panas.
yaa. aku terasa panas di dalam badan.
tapi selalu aku buat macam xada apapa.

badan kerap terasa sejuk panas. sejuk panas.
muka memperlihatkan pucat lesi.
hari tu nak pi check darah tapi xsempat.

mungkin ubat yang aku ambil memberi effect??
entah lah.. ubat yang diberikan doktor sewaktu aku demam tempoh hari sudah dihabiskan mengikut jadual yang ditetapkan.
kekadang datang pula sakit dibahagian pinggang sebelah kiri aku.
sakit yang sama yang pernah aku alami sewaktu di teknik dulu.
sehingga aku terpaksa dipapah oleh kengkawan.
m.cik lah orang yang paling risau sekali menunjukkan reaksinya.

entah lahhhh...
aku jarang nak berpeluh.
tapi semenjak dua menjak nie..
peluh sering menjenguk aku.
aku rasa itu bukan peluh yang sihat.
itu peluh orang sakit.
aku penat sikit, pusing sikit,peluh mula memercik meleleh di dahi aku..
 aku dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem tubuh badan aku.

apakah semua ini??
perubahan cuaca mungkin.
moga Allah sentiasa bersamaku.
Amin. :)

mak.. ceq nak balik kampung.
nak duduk dengan mak.
nak mak jaga ceq bila sakit.
nak mak disebelah.
nak rasa kehangatan tangan mak..

makkk..
ceq xlarat.
badan macam penat.
xdaya.
nak rasa belaian tangan mak yang ajaib .

makkk..
:'(

cepatlah masa datang kepadaku.

~LOTS OF LOVE~

Sunday 12 August 2012

Di Uji DeNgaN KaSiH SaYaNg.

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum sayang2 ku yang syomellll syemuaaa...
(ehhh... pebetui lidah balik)
hehehe..

lama menyepi aku ni kan..
xdak apa yang nak di hapdate..
lagipun aku la ni tengah diberi olah Allah dengan ujian kasih sayang daripadaNYA..
ohhhhh... bersyukurlah NURHAFIZAH..

ujian itu adalah salah satu kasih sayang Allah kepada hambaNYA..
kannn.. :)

demam yang melanda xsudah2.
alhamdulillah..
even xberapa sembuh seperti sediakala lagi tapi aku bersyukur aku masih boleh lagi merasa segala nikmat2 yang telah diberikan kepada aku. 

sakit tekak bagai nak qak.
umpama harimau mencakar2 rakus di tekak lembut ku ituu..
arghhhhhhhhh... telan ayaq lioq pon payah.
(ehhh.. macam buat karangan spm dah duk umpama,bak bagai.. hihihihihi)

jumpa doc, katanya dijangkiti virus.
jangkitan kuman katanya..
mulalah memberi nasihat serta panduan,
"i akan bg inflammation kat u,then u kena habiskan."
"ia akan kurang kan bengkak di tekak u dan segala jenis ubat yang i bg kena makan ikut masa. kalau u xikut nanti i risau u xboleh raya"
(dia pulak yang risau aku xboleh raya)
"jangan makan makanan pedas,berminyak,manis dan banyakkan minum air. i akan bagi ubat demam panas kat u untuk kurangkan panas dalam badan u. ubat nie jangan makan waktu perut kosong,takot gastrik pulak. semua ubat yang i bagi under control medicine. 
okayyyyy??" :))

aku pon terhangguk2 dengan lemahnya. aiyooooooooooo...
ubat lagiii...
nasib Jebat ado. kalau x, xberubat lah aku. bior je ubat kat situ.. hehe.
2,3 pagi Jebat masuk bilik pegi jelom aku,bagi makan ubat,letakkan balm.
ohhhhh...

Nie yang membuatkan kekadang aku terpikir,
xnak kawen ahhhh... takot nanti laki aku xterlayan macam pahlawan2 aku treat aku.
ado lagi ka laki zaman la ni susah payah jaga isteri sakit..
uiiiihhhh seram aku pikir balik..
tapi kawen itu sunnah!
jadi kawen!
heheheh..

aku teringat nie, 
lebih kurang macam nie la bunyinya..
aku translate bahasa aku naa..

apabila jatuh sakitnya sorang hambaNYA
maka diutuskan 4 malaikat kepadanya.

malaikat 1:
mengambil selera makannya

malaikat 2:
mengambil rezekinya

malaikat 3:
mengambil kecantikannya. yakni muka menjadi pucat.

malaikat 4:
mengambil dosanya..

lalu apabila tiba satu masa yang telah ditetapkan untuk hambanya kembali sihat,
maka Allah telah menyuruh malaikat 1,2,3 memberi balik apa yang telah di ambil.
akan tetapi Allah tidak menyuruh malaikat 4 memberi balik dosa hambaNYA tersebut.

jadi... as a conclusion. (cehhhhh)
janganlah kita membenci kesakitan..
sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa kita...
Subhanallah.. ^_^

(patotlah asal aku sakit je hilang terus nur diwajahku, seghupo hantu kak limah dah teman nengok nya.. hihiihi.. )

sempena bulan barokah ini, aku menadah tangan supaya sembuhkanlah aku daripada ujian kasih sayang ini dan pertemukanlah lagi aku dengan ramadhan yang dicintai ini pada masa hadapan.
Amin..

wasalam

P/s: nak pi mandi. panaih. tata.

~LOTS OF LOVE~



Thursday 2 August 2012

kempunan lah aku.. ;'(

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum warahmatullah..

asal bulan puasa je aku mesti kempunan makanan nie...
tiap kali bulan puasa pulak tu..
 sedih la macam nie..
setiap kali puasa mesti puasa dekat shah alam...
sedih sangatttttttttt....

CUCUQ CEMPEDAK... :'(


sob.. sob.. sob... :'(
bukan xdak jual kat sini, ada je..
tapiiiiiiiiiii... mahai kottt...
sebijik 5 kupang. 4 biji dah 2 hinggit..
apakah????

adalah dalam 2,3 kali aku pernah beli.
waktu tu memang xboleh tahan dah nak sangat makan cucuq cempedak..
tapi puasa kali nie sekali pun aku xbeli lagi..
rasa macam xberbaloi.
so aku lalu je lah depan2 gerai tu.
ambik bau pon jadi lah... hehehhe..

bila aku balik cerita kat mak ayah aku ja mesti depa sedih2.
hahhahahaaha...
halaaa...... buah nie kat kampung mana ada harga ceq...

mak ayah selalu pesan, kalau teringin beli ja...
tapi memandangkan aku selalu memikirkan penjual2 yang xberhati perut tu, 
aku selalu xjadi nak beli.
depa bukan setakat cekik darah dah nie... siap parang kepala pelanggan dah haa...
ish... ishhh...ishhh...
apeeeeee lahhhh...

ohhhh... sabar lah wahai hati... :)

~LOTS OF LOVE~


p/s: lepas nie nak pi cari batu belah batu bertangkup lahhh..
sebab kempunan xdapat makan cempedak goreng.. :'(

Wednesday 1 August 2012

CinTa????

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wahai rakyat jelata sekalian..........................
(cehhhhhhhhhhhh... introoo.)
hahahhaha! 
macam apa lagi...
okeng.. okeng.. okeng...
cool....

CINTA???
cewahhhh.. tajuk mau cinta ja baq hangggggggg.. hehe..

xdak apa sebenaqnya..
tetiba aku teringat..
suatu kisahhh.. (acececece)
aku nie memang muka orang2 mintak tips pasai cinta ka???
luah masalah cinta??
haaaaa......... tudiaaaaaaa...

muka aku punya suci dalam debu..
(ehhhhhhhhhh??? apakah?? )
hampa mai tanya bab2 nie kat aku...
silap orang la aku kata.

aku xpernah bercinta.
diulangi.. XPERNAH BERCINTA, ya anak2 sekalian...
mai mak nak habaq nie...

tu aku macam pelik sikit tu.. dolu2 waktu zaman remaja remaji beringuih lagi nuuu...
kekawan aku apapa sikit mesti mai cari aku.
luah kat aku..
mintak nasihat...
apeeeeeeee niee...
tapi yang dasyatnya aku give advice macam aku lah orang paling mengerti sekali dalam selok belok percintaann... wakakkakakaka...
Nurhafizah... nurhafizahhhh...
(geleng2 kepala)

dah orang nak meluah kannn..
xkan lah aku nak kata:
"ehhhhh... aku xmau dengaq apapun. hang pi cerita kat orang lain. pi main jauh2"
xkan kottttttttttttt....
apa perasaan kalau orang buat macam tu kat hampa???
haaa... tau pon terasa sampai ke tulanggg...

okayyy... bagi aku lah kan..
(nie pendapat aku.. hampa punya pendapat masing2. xsetuju pon xape. hak masing2)
CINTA BAGI AKU ADALAH INGIN BERSAMA-SAMA HINGGA KE JANNAH ALLAH..
nampak??
terlalu universal disini..
cinta kepada para nabi..
kepada PENCIPTA CINTA itu sendiri..
Cinta ni xkisah lah kepada yang telah halal bagi kita ke...
ibu bapa.
guru2..
para sahabat..
haiwan2... tumbuh2an..
semuanya lahhhh...

(dan2 terbayang waktu sekolah teknik dulu)
wakakakakkaa..

macam nie kisah dia..
waktu aku duk teknik dulu kan,
hari2 ada je coklat bawah meja aku.
aku pon xtau sapa dia yang bagi.
tu baru coklat.
xbuat karangan surat bagai lagi...
kikikikikiki...

kekadang coklat tu aku bagi je member2 kelas.
buka makan sesama.
rezeki jangan ditolakkkk... kannn...

lepas tu masing2 menganjing:
"eh eja ada secret admire.."
"eja ada orang bagi coklat.."
eja tuuu.. eja niee...
apeeee lahhh..

lama2 diam lah dorang sebab boleh tumpang makan coklat sekali enn.. hahaahah..
apeee pon xbolehhh..

last2 aku tau lah sapa gerangannya..
aku pon explain lah kat dorang bukan prinsip aku dalam hidup ni nak bercouple.
xpernah terlintas pon di hati nak bercouple.
dari dulu sampai sekarang.
kalau nak jadi kawan baik aku dipersilakan.
aku dengan berbesar hati menerima.
so dorang boleh terima dan sampai sekarang dorang masih lagi kawan2 baik aku.
susah senang sama2.
susah senang cari aku.

sampai sekarang aku masih lagi simpan bungkusan,kotak2 coklat depa tuu.
surat2...
saja simpan buat kenangan.
hahahahhaah!
nanti nak tunjuk kat anak cucu..
(apakah??? hahhahaah! sengalll...

 rahsia nie xpernah aku cerita dekat kengkawan teknik dulu even m.cik sendiri.. muahahahhaa..
okay dah terbuka.
moga dorang dapat lagi yang terbaik dari apa yang dorang impikan.
kawen teruslahhh... xpayah bercinta.
cinta selepas kawen lagi manis. lagi diredhai. lagi berpahala.. kaannnnn... :)
xsemestinya cinta kita sekarang nie merupakan pendamping kita susah senang kita selamanya..
i mean isteri/suami.

banyak kisah yang boleh aku ambik sebagai pengajaran daripada pengalaman aku dari dulu sampai lah sekarang..
melalui pengalaman hidup.
pengalaman kawan2..
mak ayah.. adik,abang2, kakak..
arghhhhhh... so sweetttttttttt... hahahah!
yang xelok kita jadikan pengajaran/sempadan..
yang baik kita ambik sebagai teladan..
:)

dah2....dah merepek2 dah aku nie haaa....
okay bye... ! :P



motip gambaq??? aku sukaaaaaaaaaaaa tengok gambaq nie.tata~

~LOTS OF LOVE~




p/s: baru sekarang ni aku sangat mengerti apa itu perasaan CINTA.
ALLAH...
sakit.