Monday 12 November 2012

Selamat Pengantin Baru Teman! :)

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum Warahmatullah..

hangpa semua sihat??
aku sihat.. :)

10 haribulan 11 baru ni kawan aku,
teman aku,
kawan dari aku kecik tu telah selamat diijab kabulkan.
alhamdulillah. :)
alahhh... syafariza..
yang duk dekat rumah aku tu..
dah xingat lah tuuu..
ce tengok older post. :)


dia pesan kat aku,
dia nak aku balik kampung bila hari pernikahan dia.
tapi aku xbalik.
aku dah cakap kat dia aku dah nak final exam.
dia paham.
tapi majlis walimah dia nanti aku wajib ada.
InsyaAllah. aku ada nanti kawan! :)

aku xcalled pon pada hari kejadian tu ucap tahniah kat dia.
duk esok pagi tu aku call.
rupa2nya dia memang tunggu call dari aku nak ucap tahniah kat dia.
dia tanya aku "awat xtepon kemarin???"
aku kata sajaaaaaaa...

padahal...
ohhhhh....
aku sedih.
aku sedih sebab dia sorang ja kawan aku dari kecik yang still dengan aku sampai la ni.
tetiba nanti aku balik,
mesti aku cari dia.
dan waktu tu aku akan terlupa bahawa dia dah xdak kat rumah.
sudah semestinya mengikut suami.
tempat seorang isteri adalah disisi suami. :)

so dah xdak kawan yang nak berborak ngan aku.
hang keloi aku,
aku keloi hang kat depan pintu rumah tu..
ohhh... ohhh...
mungkin.. mungkin..

tapi apapun aku sangat bergembira dengan pernikahan dia even sedih.
sedih aku tu tauk tepi dulu. *tauk = buang
happy aku lagi banyakkkkkkkkkkk. :)
sebab???

1) sebab aku seronok sangat kawan aku ni dah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya.
2) dah ada pengganti "penjaga" daripada mak ayahnya.
3) dah bertambah orang yang disayangi.
4) dah mula tanggungjawab sebagai seorang isteri.

disini... sebagai sorang kawan.
kita membesaq sesama dari kecik.
ingin aku mengucapkan :

1) terima kasih yang xterhingga sebab hang dah jadi kawan aku hat palinggggg best!
2) dah mula satu tanggungjawab baru yang perlu hang galas. 
     aku doakan hang berbahagia hingga ke Jannah Allah.
3) ingat. tempat seorang isteri adalah disisi suami.. :)
4) menjadi isteri yang solehah adalah impian kita.
5) hang jangan lah lupa aku.... wuuu.wuuu.wuu  *sedih sat.
6) dan aku akan simpan setiap kenangan kita bersama.
7) akhir sekaliiiiiiiiiiiiiii... AKU SAYANG HANG! yeah. aku pasti.jangan risau. hehehe.

BARAKALLAHULAKUMA...........!
:)

ni gambaq waktu dia bertunang bulan 5 haritu.
gambaq dia nikah aku xdakkkk.. dop kelik kapung deh. 

*insyaAllah. walimah hang bulan 12 nanti aku ada kat kampung. :)

k bye!

~LOTS OF LOVE~


No comments:

Post a Comment