Saturday 5 January 2013

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Jebat! :)

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum kalian semua... :)

amboiiiii... menyepi aih Nurhafizah ni noh???
xdak mende sebenaqnyaaa...
aku baru baik daripada demam. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah... :)
*clap your hands pleaseeee... hehehhe..
cuma batuk ngan mulut xsedap ja tertinggal kat tubuh badan aku lagi.. xpa. itu perkara biasaaaa... hee.

hangpa semua sihat???
macam mana weekend?? best??

semalam ulang tahun kelahiran Hang Jebat yang ke.... tuttttt..??? 
*aku lupa. eh??? hahaha.
38 tahun lahhh..
selamat hari lahir abang Chik... :)
semoga panjang umur,murah rezeki dan sihat sejahtera hendaknya.
kesiannnn Jebat, tahun ni ulang tahun kelahiran kat tempat jauhh...
 jauhhh dari family, jauhh daripada anak2, jauhh daripada isteri, dan jauh daripada aku. 

semalam Jebat ada called :

Jebat : sihat ka??? demam dah baik???
Aku : alhamdulillah. boleh menikmati nikmat dunia ni lagi. sikit2 tu perkara biasa.
Jebat : ubat dah makan?? ka nak abang chik hantaq ubat pi poly???

Aku : *terkelu sebenaqnyaaa... aku rasa macam dia duk ada lagi dekat sini.
Jebat : hello... hello.. hello... *ingat line xclearrr.
Aku : *senyap. duk lap ayaq mata meleleh2. (dia dengaq aku teresak2.)
Jebat : lahhhhhh... duk qeyau ka... *lepas tu dia pun diammmm.aku tau dia rasa jugak apa yang aku rasa.

lepas dah boleh control keadaan,

Aku : abang chik, selamat hari lahir... !
Jebat : ohohohooo.. terima kasih.. terima kasih.. mana hadiah??
Aku : abang chik bila nak balik???
Jebat : hahahahahaha.. jangan duk tanya.. kalau boleh harini jugak abang chik nak balik. 
Aku : abang chik sihat ka???
Jebat : abang chik baqu lega demam. 2 hari jugak demam haritu. alhamdulillah la, la ni.
*soheh pakat2 demam terkejut berpisah ni... hehehehe..
Aku : macam mana kat sana?? best x??? 
Jebat : emmmm.. kat sini semua sama ja macam kat sana. kat sini best sebab solat jumaat masuk awai. tu ja la.. semua awai la kata. jalan xjammed. tenang la kat sini...
Aku : tadi ceq tepon kak Ita, dia duk siap anak2 nak pi sekolah masjid wilayah pulak.
Jebat : tulahhhh... kesian kak Ita hang tu sorang2 duk tengok depa. lepas ni balik tengok slim. tu xtengok abang chik lagi tu. jangan heran nanti.
Aku : emmmm...pakat2 slim lah nanti. duk merindu.

aku xtau nak cakap apa dah. ayaq mata duk xmau berenti. 
haishhhh... ketegaq ayaq mata ni. tuan pesan awai2 dah tadi suruh jangan tumpah. 
*sebak baq hang dengaq soqa Jebat. 

Aku : emmmm... xpa lah abang chik, take care tau kat sana. makan tau. jangan diet. ceq nak pi mandi ni
*cehhhh... alasan. padahal ayaq mata tup tap tup tapp..
Jebat : yalahhh... take care too. ingat. kak kena kuat semangat dua kali ganda. abang chik xdak kat sana tau. jangan risau abang chik kat sini. nak kata semangat abang chik tu jangan ditanya, abang chik kat sini kena lebih. hanya Allah ja yang tau. nahhhh... semangat... ! apapa nanti call ja abang. message. InsyaAllah aih. 
Aku : *xjawab apapa. nanges lagi. haiyaaaaa...
Jebat : kuat kak tau. ok? sakit tu makan ubat. Apapa terdekat habaq dekat Tuah. jaga diri. assalamualaikum.
Aku : waalaikumsalam. 

lepas tu ada message masuk kat fon.
hangpa tau sapa hantaq???
Jebat lahhh....
"adik... janganlah bersedih diatas perpisahan sementara ini...
kenanglah setiap saat yang pernah kita harungi bersama...
moga ia dapat menjadi penawar rindu tika kejauhan ini..."
Hang Jebat.

hangpa ingat aku nak buat apa???
tergelak???
ohohohoho.. xlahhhhh...
lap ayaq mata lagi lah keja aku..
haishhhh... cengeng sungguh adik Hang2 nie. hee. 
dah la ayat jebat bersastera bagai..

ok lah apapun. marilah kita sama2 mendoakan Jebat kat sana.
 Buat Jebat : 
I Love You, I miss you.
hanya doa selalu akan ku titipkan buat mu disana.
moga kau terus tabah dan kuat semangat ditempat baru tanpa keluarga disini.
kau adalah abang yang terbaik didunia bagiku.
moga hidupmu sentiasa dikelilingi insan2 yang baik.
Allah, jauhkan lah insan yang aku sayang ini daripada perkara yang tidak elok.
berkatilah perjuangan dia disana. moga sinar lebih gemilang menanti dihadapan.
Amin ya Allah.


hey. hujan turun senyap2 ja kat luaq.
sedaq2 bau rumput ja. daun nyoq kat sebelah tingkap ni pun beralun ditiup angin slow ja.
aku suka sangat.
tenangggg..

k bai..

~LOTS OF LOVE~

No comments:

Post a Comment