Thursday 12 July 2012

SakIT iTu..

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum Warahmatullah.. :)
Hye sayang2ku yang comels sekalian.. 
hee.
sihat semua???
Alhamdulillah...
:)

aku pulak???
Alhamdulillah...
masih lagi boleh merasa nikmat2 kehidupan ini.
sakit sikit tu normal lah kan..
uji sikit je tu DIA bagi aku.
kannnnn... :)

Biasalah... tiap2 bulan mesti kena menghadapi rasa ini.
kau tanggung lah sesorang Ja..
orang lain xrasa apa yang kau rasa.
pedulikan.
ye doppp..
hanya gadis2 yang senasib dengan kau je yang akan memahami bagaimana peritnya rasa sakit itu.
tapi terpulang dengan tahap sakit memasing.
kekadang biasa je.
boleh je relax.

xmakan pun xpe. xrasa lapar.
yang kau tahu nak muntah je.
padahal xkeluar apapon.
loya semacam.
kalah orang mengandung 4,5 bulan.
xnak bercakap.
memerap je dalam bilik.
sakit xtau nak cakap.
bergelumang dengan segala bagai minyak yang boleh melegakan.

diri tu xpayah cakap lah.
xkisah dah.
dengan berstoking bagai.
bersangggul tinggi.
macam orang lepas bersalin pon ada rupa dah...
punya teruk kau Ja.
kekadang ingat balik kelakar.
hahahhahaha!

rasanya menangis keluar air mata darah sekalipun xkan dapat menghilangkan sakit yang ditanggung.
itu belom campur lagi dengan sengal2 badan.
segala sendi ditangkap habis.
sakit sampai xtermenangis.
paham x??
xkeluar air mata.
korang xkan paham sebab xmerasa.
aku paham sesapa yang senasib aku.
you're not alone... i am here with you... bla... bla...
(eh tetiba termichael jackson puloppp)
alahaiiiiiiiii...

kekadang aku terpikir,
"kenapalah aku yang kena rasa sakit ni tiap2 bulan??"
"kenapa aku??"
"jeles betul aku dengan orang2 yang xmengalami seperti aku"
"relax je dorang"
"kenapa xbagi kaum lelaki merasa sikit??"

tetapi cecepat aku sedarkan diri aku:
"NURHAFIZAH,sakit ini tidak semua orang yang rasa tau,kau salah sorang. chill.."
"itu tandanya DIA sayang kau,DIA nak bagi kau dekat lagi dengan DIA"
"bila kau sakit, kau ingat dia lebih. kau berzikir. rasa kurangkan???"
"tengokkkkk... kan DIA sayang kau tuuu... :)"
"perempuan ni hatinya kuat,tabah. itu yang kau sakit macam mana pun air mata xterkeluar"

cepat2 istighfar. Astaghfirullahaladzim....
merewang merata eh fikiran kau Ja....
xboleh...
yelahhh.. bila sakit xpikir apa dah kan...
ish3...

dan2 ingat nie:
"Wanita itu telah diciptakan oleh Allah SWT dengan pelbagai keistimewaan dan keunikan yang tiada pada seseorang lelaki di muka bumi ini.
Allah SWT telah meletakkan perbezaan sifat, perasaan dan fizikal antara seorang lelaki dengan seorang wanita amatlah berbeza.
Wanita telah dicipta dengan mempunyai rahim dalam tubuh badan di mana kehebatannya membuatkan seorang wanita itu boleh mengandung dan melahirkan bayi melalui organ peranakan itu.
Dengan rahim itulah, seseorang wanita mendapat keuntungan sepanjang kehidupannya berbanding lelaki.
Antara kelebihan yang telah Allah SWT gariskan dalam Islam ialah, wanita telah bekerja dengan Allah dengan menjadi ‘kilang manusia’. Tiap-tiap bulan wanita telah diberi cuti ‘bergaji penuh’ iaitu antara tujuh hingga 15 hari dalam sebulan yang meletakkan dirinya tidak wajib untuk menyembah Allah SWT dan dianggap waktu itu solatnya adalah terbaik buat dirinya.
Selain itu, wanita juga mendapat kelebihan cuti bersalin selama 60 hari di mana cuti itu bukanlah cuti yang dibuat-buat. Sebaliknya, cuti yang telah Allah SWT berikan selepas sembilan bulan ‘bekerja’ dengan Allah SWT. Berbeza dengan kaum adam, mereka tidak diberi cuti solat dan hukum menunaikan solat itu wajib bagi dirinya semenjak baligh hinggalah ke akhir hujung nyawa.
Allah SWT juga telah memberikan berita gembira kepada kaum hawa sepanjang dia mengandung, Allah SWT sentiasa mengampunkan dosa-dosanya dan terhapuslah segala dosa ketika dia bertarung nyawa melahirkan anak. Malah, sekiranya wanita itu meninggal sewaktu bersalin, dirinya dianggap mati syahid dan terus ditempatkan ke dalam syurga oleh Allah SWT.
Bagi wanita yang telah bersuami, si isteri akan mendapat ganjaran pahala di atas segala kebaikan yang dilakukan oleh suaminya tetapi tidak menanggung dosa-dosa yang suami lakukan.
Malah, ketika di akhirat nanti, wanita solehah pasti akan terkejut apabila mendapat ganjaran pahala yang berlebihan hasil dari kebaikan yang dilakukan suaminya ketika hidup di dunia dan segala pahala itulah yang dapat membantu suaminya ketika sedang meniti titian Siratulmustaqim untuk menuju masuk ke syurga.
Manakala, suami pula tidak akan pernah terlepas dari tugas-tugas berat untuk mendidik isteri dan anak-anak dari melakukan sebarang dosa kerana di akhirat kelak, suamilah yang akan bertanggung jawab di atas segala kejahatan yang dilakukan oleh isteri dan anak-anak.
Oleh itu, setiap wanita haruslah menjaga kehormatan diri dan sentiasa taat kepada suami agar sama-sama tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam syariat Islam.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk ‘diluruskan’ oleh lelaki. Tetapi, seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok boleh menghasilkan bayang yang lurus. Luruskan wanita itu dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah SWT kerana sememangnya mereka diciptakan sebegitu rupa.
Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki menjadi huru hara. Lelaki pula, janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata, tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadaNya"

Oleh sebab itu,
jangan merungut,fikiran tu jangan merewang merata macam NURHAFIZAH sorang ni ye sayang2 ku sekalian... :)
selalulah ingat Allah dalam apa jua keadaan sekali pun.
InsyaAllah.
segera pertolongan akan dihulurkan olehNYA. :)

~LOTS OF LUV~.


No comments:

Post a Comment