Monday 6 May 2013

Mohon Doa kan Ayah.. :')

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullah semuaa.. :)
sihat??
moga kita semua sentiasa sihat hendakNYA.
InsyaAllah.. :)

aku sekarang ada dekat kampung.
habis jawab last paper hari isnin last week,math engineering, 
terus aku kemas barang-barang, dibantu kuat oleh kak Mas ngan Syira.
terima kasihh.. terima kasihhhh.. :) 

then terus check out dari asrama.
ikutkan plan aku nak spend time sat dengan kawan-kawan yang lambat lagi nak jumpa.
tapi terpaksa cancel sebab ada hal kat kampung yang perlu disettlekan.

maaf kak Mas. maaf Jemah.
nanti kita jumpa lagi.
InsyaAllah.
:)

balik kampung dalam keadaan rushing.
sampai dalam pukul 3 am dekat rumah kak di Sungai Petani.
then pukul 6 am bersiap-siap ke Alor Setar pulak kerana disana lah hal tersebut menunggu aku.

settle hal kat Alor Setar,
dapat message ayah warded dekat Hospital Sik.
rushing pulak balik kampung Jeniang.
tengok ayah..

first impression aku waktu melawat ayah???
aku terkejut tengok ayah.
badan ayah dah seqohhh...
seqoh = susut.

ayah lemah sangat.
ayah demam.
ayah seolah-olah menanggung sakit yang xboleh nak habaq.
yaa.. aku tau. ayah sakit waktu tu.
itu sebab badan ayah dah susut sangat.

kencing manis ayah naik..
darah ayah turun mendadak.
kesian ayah..
ayah xlalu nak makan. hilang selera makan ayah.
bila lapaq takot pulak nak makan, risau bacaan kencing manis dia naik.

aku gosok badan ayah.
aku usap tangan ayah.
sedih aku tengok ayah.
kuat ya ayah...
:)

4hb ayah kena transfer ke Hospital Sungai Petani sebab jari kaki dia perlu dibuang.
sebab??
tiada oksigen, tiada darah dah yang mengalir ke situ.
5hb ayah masuk OT.
buat pembedahan buang ibu jari kaki dan jari telunjuk kaki.
eh?? betui ka aku sebut nie?? jari telunjuk kaki??
bantai ja laa...
-_-"

suasana sedih menyelubungi, bila Acu bawak balik jari kaki ayah yang nak dikebumikan.
aku xmandikan jari kaki ayah sebab ayaq mata aku xdapat nak dihentikan.
mengalir laju tanpa disuruh..
then Acu kata, "xpa. biaq aku yang mandikan"

selesai mandi, aku tahan sendu aku.
aku ambik jari kaki ayah..
aku lap bagi kering. 
aku belai jari kaki ayah.
aku kapankan jari kaki ayah.
lepas tu terus kebumikan.

jari kaki ayah nie lah yang selalu ayah kepit atau cubit aku bila nak melawak.
sakit wooooooooo...
sebahagian daripada kaki ayah nie lah yang telah keluar  daripada rumah 
untuk mencari rezeki, sesuap nasi untuk kami adik beradik.
sebahagian diri ayah ini lah yang banyak berjasa kepada ayah dan kami sekeluarga.

terima kasih.
bersemadilah.
kita jumpa lagi diwaktu akan datang.
Disana kelak.
:)

kesian ayah..
tabah ya ayah..
Allah..
kuatkan ayah melebihi kekuatan dia sebelum ini.
tabahkan ayah daripada kami adik beradik yang melihat.
kalau ayah kuat,
kami adik beradik yang lain kena kuat lagi kan??
nak support ayah.

ayah cakap,
"lepas nie dah xdak lah jari ayah.."
sayu ja kami mendengaq.

Allah..
sembuhkan ayah...
agar dia dapat menjalani semula kehidupan seharian seperti sediakala...

kawan-kawan. sahabat-sahabat.
mohon doa daripada kalian ya..
terima kasih..
:)

ayah ketika masih sihat..
:)

ermmmm... xbanyak nak diceritakan.
stop sini ja la naa...
sorry kat kawan-kawan, adik beradik kat PSA.
kalau balik xcontact. maaf.

nanti aku sempat. aku keloi. :)
nie ja cerita aku kali nie.
nie ja .

hangpa semua jaga diri tau.
jaga kesihatan.
love you all.
:)

~LOTS OF LOVE~

No comments:

Post a Comment